Wednesday, May 25, 2011

10 Sifat Saiton~!

sama kita buang klu terdapat 10 sifat di bawah ini....
semoga hidup kita lebih bahagia dan tenang 

Renungilah pesanan seorang hamba soleh yang dipetik daripada buku "Apa ertinya saya menganut agama Islam "
hasil tulisan Fathi Yakan, yang membicarakan tentang 10 pintu yang patut dijaga dari gangguan syaitan laknatullah:
Beliau berkata: " kurenung dan kufikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba kudapati syaitan
memasukinya dari 10 pintu:


Pertama :
TAMAK DAN BURUK SANGKA
lantas aku mengahadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

Kedua :
CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN-ANGANlantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.

Ketiga :
CINTAKAN NIKMAT
lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan
hilang dan meyakini balasan buruk.

Keempat :
KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI
lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat pemberiaan Allah
dan takutkan balasan seksa.

Kelima :
MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA
lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

Keenam :
HASAD DENGKI
lantas aku menghadapinya dengan sifat qana'ah ( puas hati dengan apa yang ada
setelah berusaha) dan redha dengan pemberian Allah.

Ketujuh :
RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN MANUSIA
lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

Kelapan :
BAKHIL
lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk akan binasa sedangkan yang ada di sisi Allahlah yang kekal selamanya.

Kesembilan :
TAKABBUR
lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'.

Kesepuluh :
TAMAK
lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.


MUDAH-MUDAHAN KITA SENTIASA MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI-NYA UNTUK MENANGKIS SEGALA TIPU DAYA
MUSUH-MUSUH-NYA, INSYAALLAH................

kwsp dan socso@perkeso?

Assalammualaikum w.b.t

hari ni ak nak bercerita pasal tajuk diatas..
almaklumlah..
bulan ni..
ak dan rakan2 aku bakal terima offer letter kitorang..
(walaupon dah 6 bulan kerja)
tp nsb bek gaji jalan..
so ntok melengkapkan kami sebagai ahli syarikat..
maka syarikat wajib mencarum kwsp dan socso@Perkeso ntok kita..
wajib means WAJIB ok?
maka status gaji kami akan disemak semula..
alhamdulillah..
setelah penimbangan antara management..
kami akan diberikan sedikit kenaikan..
baru 6 bulan kerja..
dah naik gaji? 
Alhamdulillah..
maka bertambah la sket gaji kami..
walaupon dah ditolak kwsp@epf dan Socso@Perkeso..
kami juga diberikan Insurans yg ditanggung oleh pihak syarikat..


ntok kite membuka caruman KWSP..
anda perlulah pergi SENDIRI ke pejabat KWSP dan membawa MyKad anda..
ambil No giliran..
dan seterusnya..
TUNGGU~!!!!!
ntok Socso pula..
anda perlu ambil borang di pejabat perkeso..
(cari di google dimana lokasi sekitar anda)..
bawa pulang ke pejabat..
potostat ic..
isi borang..
bg kat majikan..
dan anta semula ke pejabat Perkeso!
SUSAH bukan?

Nak 1000 daya..
xnak 1000 dalih..
jgn berkira sgt..
syarikat senang..
anda lenang..
hahaha~!


Apa yang aku cuba sampaikan..
kerja dengan ikhlas..
xyah nak menunjuk2..
tp msti ade kemahuan ntok maju..
jgn disuruh baru buat kerja..
tetapi ambik inisiatif ntok melakukan sesuatu..
dan jgn lupa juga..
pastikan syarikat mencarum dengan KWSP@EPF dan SOCSO@PERKESO!
ntok mase depan kite gak..
dihari tua..

Sekian..

P/s: Lepas projek seterusnya bulan depan..gaji kami akan disemak semula..Naik gaji lg lah nampaknya..Alhamdulillah..rezeki anak2..(eh?)

hari ini dalam sejarah

assalammualaikum w.b.t

Hari ini..
aku bangun pagi mcm biasa..
setelah siap ntok pergi kerja..
moto mmber ak lak bocor tayarnya..
moto pakjan..
masok kali ni..
aku rase dah 6 kali boco dalam 2 minggu..
nnt tuka la taya tu k pakjan..
arge tuka tiub 6 kali dah leh dapat tayar baru..
haha..
itu sebabnya kitorang lambat sket arie ni..
xkan ak nak tinggalkan die lak kan?
kalo boco tengah jalan? 
naya~~

kemudian kitorang cam biasa..
convoy g kerja..
sesampai di opis..
ak rase mmber ak lg sorang x smpai lg..
sebab moto die xd..
so ak, pakjan n shukur pon terus masok opis..
(sblom kol 10 kitorang smpai)
n then seceteri (secretary) opis kitorang pon cakap..
Firasat n En Ayob (Pakcik Firasat) x dtg..
atok die meninggal..
Innalillah~
Al- Fatihah ntok arwah atok mmber ak..
Firasat..
smoga rohnya dicucuri rahmat..
amin~

Salam takziah daripada ku..
Wassalam..

Tuesday, May 24, 2011

aku rindu Penang~! haha~





A lot of the Penangnites love spicy food, and are always looking for tasty Mee Goreng or fried noodles. For us, we have explored a few and will present to you our top 5 favourite Mee Goreng in Penang.

Take note that all of them are quite spicy and do remind the seller if you prefer it to be less spicy. Or you can also ask them to add "cabai" (chili paste) for hotter and spicier mee goreng.

1. Mee Sotong Goreng @ Padang Kota Lama 

P1000297 copy

Hameed 'Pata' Special Mee Sotong Goreng has been famous since long ago. This halal Mee Goreng is special for it's generous amount of sweet sotong. Usually it is served at an average amount of wet and dry. 

P1000309 copy
Mee Sotong Goreng RM 3.50 

To chill out the spiciness, you can also get a coconut drink from the next few stalls at this food court. 

P1000294 copy
Chilling coconut water RM 2.00 


2. Rasheed Mee Goreng Stall near Jelutong Post Office 

DSC09831 copy

Very famous for it's wet mee goreng, this mee goreng can usually be bought during afternoon to evening. The hygiene of this stall is questionable, but the mee goreng definitely tasted good. 

DSC09846 copy
Rasheed Mee Goreng RM 3.00 


3. Ali Mee Goreng Stall 

DSC_0225 copy

DSC_0228 copy
This stall is stationed opposite Asia Cafe Penang Hill.

DSC_0226 copy
While this monument is another land mark, where the stalls is opposite it.

DSC_0214 copy
Ali Mee Goreng RM 2.70 

Looking rather bland in color, this mee goreng actually taste good. Suitable for those that prefer wet fried and less spicy mee goreng. Portion rather small but if you want more, just order the larger portion.

4. Jones Road Mee Goreng / Mee Rebus 

DSC_0014 copy

This mee goreng used to be the famous mee goreng at Jones Road . The mee goreng tasted a little to the salty. 

DSC_0013 copy
Jones Road Mee Goreng RM3.50 


5. Bangkok Lane Mee Goreng 

Seng Lee Cafe
This stall is located at Seng Lee Café, the junction of Jalan Burma and Lorong Bangkok

DSC_0415 copy
On the left is Green Forest shop as the landmark.

DSC_0410 copy
Bangkok Lane Mee Goreng RM4.00


Lot of stuff rite? Lets plan a trip to Penang..I miss food in there~! Arrgh!


monthly report?

ntok pengetahuan korang..
tiap bulan ak n rerakan kene anta monthly report..
kalo kene bulan yg byk kerja..
sedap la tulis panjang berjela..
tp kalo kene ulan yg xd kerja sgt..
ciput je report..
sadis pon ade gak..
tp kdg2 lpe pon beselah..
haha..
ape pon..
report dah siap..
n dah anta kat bos2 ak pon..
cukup syarat je..
tp ak sndri x puas atie..
ak nak wat report yg best..
tp itu la..
ak still progressive..
hope 1 day nnt..
ak leh jd manager or consultant..
target? 
5 taun lg kot..
tp kene mula dari sekarang..
yosh~! smoga ak dan rakan berjaya..
nasihat aku..
jgn ade hasad dengki tgk orang lain berjaya..
tp cuba berusaha membaiki diri ntok jd yg lebih baik darinya..
smoge berjaya semua=)

aku tak biasa

Assalammualaikum Rakan2..

ak x penah rajin nak tulis blog mase kerja..
sebab ak x biasa..
tetapi ak rajin membace blog orang mase kerja..
ak tgk..
diorang ade yg bubuh catatan harian dalam ni..
ak engat nak wat camtu gak la..
atleast ak ade bende nak update arie2..
saje nak penuhkan blog ni..
lgpon mmg kerja ak main tenet kat opis arie2..
kalo x carik notes ntok tambah ilmu..
(sbb mase kat U malas blaja..skrang terima padah)
ak on9 men fb..
donload anime..
tp ak x rajin donlod muvi..
bg ak buhsan..
kalo nak tgk..
lbih baik g tgk wayang..
kan?
sekian sahaja catatan ntok skrang..
terima kasih kerana membaca..
wasalam..

Wednesday, May 11, 2011

Tips::Cara-cara menggunakan engin carian dengan betul

Apabila kita berbincang berkenaan dengan carian yang cekap dalam menggunakan enjin carian di Internet, ia merujuk kepada ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin.
Enjin carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas.
Namun begitu, ada beberapa perkara yang memerlukan kecekapan pengguna enjin carian tersebut untuk mendapatkan carian maklumat yang tepat dan pantas. 

Ia boleh diumpamakan dengan sebuah kereta lumba yang canggih memerlukan pemandu yang cekap untuk beroleh kejayaan dalam sesuatu pertandingan perlumbaan kereta.
Perkara pokoknya adalah bagaimana untuk menyingkirkan terlebih dahulu laman-laman web yang tidak berkaitan dan keputusan carian yang tidak betul. 

Di sini akan dibincangkan beberapa faktor insan atau penggunaan carian yang betul bagi mendapatkan hasil carian yang lebih tepat dengan masa yang pantas apabila menggunakan enjin carian di Internet.
Struktur binaan sesebuah enjin carian secara umumnya adalah sama di antara satu sama lain.
Namun begitu, contoh yang akan diambil dalam perbincangan ini menggunakan enjin carian Google.
Berikut adalah beberapa kaedah yang betul untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet iaitu:-

1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.
Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.

2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti - Enterprise - Ker dan lain-lain.

3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian. 

Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, "Membujur lalu melintang patah".
4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata. 

Jadi, jangan membuang masa dengan perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.
*Perpaduan
*perpaduan
*PERPADUAN
nPerpaduan
nperpaduan

5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (" "). 

6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian. Fungsi AutoComplete ini bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti balls, tested, walking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti ball, test, walk dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian.
Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading. Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat kita.

8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat.
Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu.
Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini. 

Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut.
9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-
nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan. 

10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-
nTanda tambah ( + ) - Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant +and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan perkataan tersebut termasuk perkataan and.
nTanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.

nTanda asterik ( * ) - Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan yang lain.
nTanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan untuk mencari salah satu perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian tersebut.
nJulat penomboran - Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200 dan lain-lain.

nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian. 

nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara.
Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.
Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah tepinya.
Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian atau alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas. 

Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan enjin carian.
Internet merupakan sebuah gudang maklumat yang mempunyai pelbagai jenis maklumat.
Tugas kita adalah untuk memperhalusi aspek carian maklumat agar berupaya mendapat maklumat yang tepat dalam masa yang pantas. Hampir kesemua enjin carian adalah berasaskan kepada bahasa Inggeris.
Related Posts with Thumbnails

klik sini~