Monday, May 24, 2010

[18SX]-Najis Besar.

 Bismillah...

Cerita ini bermula sesama suatu majlis kawen yang dihadiri kawan aku.
Pada cuti hari minggu yang lalu (bile pon ak xtau), beliau menghadiri Satu Majlis akad nikah
kawan pada kawan ku. Waktu tu beliau bercuti dikampung dia. Jadi bila ada
kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama.
Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku
tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.
Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok
majlis macam nih.


Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok
kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu
soalan yang menyebabkan aku malu besar..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan
lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi
contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok
kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya
lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling
kanan, mula tengok syiling
, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu. 

Bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah
mula berpeluh jantan keluar kat dahi...tok kadi mula senyum. Aku sebut
dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku
cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu,
kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling
majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena
baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2
aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku
pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi
tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap
sunyi..tapi bila pengantin tu jawap



"Taik Gajah" 
 suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control
macamana? taik gajah? besar betul..nak2 bila gajah makan durian..haha~! 


P/s: Ilmu agama adalah ilmu yang paling penting yang sering diabaikan oleh orang sekarang...bagus mana pon anda..pastikan ilmu agama tetap ada..kalo x..camni lah jdnya..kan? hahahahaha~(terguling2). =)

1 comment:

MoloQue said...

haha..
ape la ko ni milah~
najis besa betul..
haha~

Related Posts with Thumbnails

klik sini~