Thursday, September 30, 2010

penantian suatu penyiksaan...

Assalamualaikum w.b.t...

Seperti yang anda perasan pada tajuk post ini...benda yang aku tunggu adalah kerja...Betapa tertekan dan frust nye rase diri ini menunggu offer letter dari sebuah company.

Cerita bermula apabila sebuah kompani ni menyatakan kekosongan didalam syarikatnya untuk post geofizik. Apabila mengetahui berita baik itu, ak dan rakan2ku (rakan sekelas juga) telah memohon untuk jawatan itu. Kami memohon diatas kelayakan kami seramai 16 orang kalau x silap. Sesi interview dijalankan 2 peringkat dimana 1 peringkat ntok 8 orang pertama dan 8 orang untuk 8 orang seterusnya. Mereka menawarkan 2 kekosongan. Aku tergolong dalam 8 orang seterusnya dan interview diadakan semasa bulan puasa. Sesi interview itu telah memakan masa 4 jam (jam 3 petang sehingga 7 malam) dimana kesemua calon di interview bersama. Oleh kerana kami diminta berbuka bersama mereka, mereka telah belanja Dominos. Alhamdulillah...kemudian kami meminta diri untuk pulang.

Setelah itu aku meneruskan hidupku seperti biasa. Meniaga di bazar ramadhan sehingga habis puasa. Semasa beberapa hari di bulan Syawal, mereka menghubungi hp ku menyatakan bahawa mereka mahu mengambil seramai 6 orang dan ak salah seorang yang layak. Alhamdulillah lg skali. Mereka menyatakan akan menghantar offer letter pada dua minggu lepas. Akan tetapi sehingga hari ini, aku dan rakan2ku tidak mendapat apa yang dijanjikan. Bukan ak x mahu kol mereka dan bertanya. Akan tetapi lebih baik ak beri mereka masa. Mungkin mereka lebih memerlukannya. Sehingga ke hari ini aku masih menunggu dan seperti yang ku nyatakan, penantian suatu penyiksaan.

Salah satu sebab ak masih menunggu offer letter tersebut adalah kerana mereka menawarkan kerja luar iaitu di Sarawak. Dan sebab utama, sukar untuk mencari kerja di zaman ini jika kelulusan x seberapa dan speaking x berhabuk. Kerja ini juga hanya boleh diisi jika ada kekosongan dan selagi tiada, paham2 je lah. Disebabkan itu ak mengambil keputusan menghadiri seminar Part time job bersama kementerian pada sabtu ini (2/10/2010). Dengan harapan agar masa depanku berubah. aku juga mungkin bekerja bersama rakanku dikampung juga buat kerja part time yang lain dan rasa mahu meneruskan perniagaan otak-otak ku di restoran berdekatan. 3 kerja sekali gus? harap2 dipermudahkan..Amin~

Sehingga kini, aku masih berdoa agar rezeki aku dan rakan2 aku dipermudahkan dan bertambah. Semoge kami semua mendapat pekerjaan tetap dan aku masih mahu membuka bisnes sampingan. Itu cita-citaku.

Terima kasih kerana membaca.

Wednesday, September 29, 2010

Setelah sekian lama menyepi...

Assalammualaikum...

Setelah  lama menyepi..hampir 3 bulan x post..
ak nak mula menge'post' semula..

agak susah bagi aku..
lame x post kat blog..
ak terasa kekok..
bkan kokok..
itu ayam..
tp kekok..
paham2 lah..

ak terasa seperti sukar..
apepon..
akan ku teruskan..

kemana ku menghilang?

ak pon x tahu sebenarnye..
kemalasan ak ntok ber'online' dan menghadap laptop..
amatlah malas tahap gaban..
seperti malas ak mencari kerja..
bercakap pasal kerja..

sudah sebulan lebih ak menerima kertas ijazahku..
tp masih x bekerja..
atau lebih tepat..
xd orang nak ambik kerja..
jd aku bercadang ntok berehat sebelum kerja..
dan ak telah bercuti n duduk kat umah selama hampir 6 bulan...
(kalau orang mengandung..dah nak bersalin aku rase..)

semasa di awal 'percutian panjang dari belajar' (dalam blan 5-7)..
terasa sungguh seronok..
xperlu kembali ke arena universiti..
tp setelah makin lama cuti n tidak ber'gaji' seperti zaman belajar dulu..
diri terasa semakin sunyi..
ak maksudkan SUNYI poketku..

setelah didesak bapaku..
ak meniaga dibazar semasa bulan ramadhan..
alhamdulillah..rezeki ada..
tp duitku guna wat bayar keretaku yg rosak..
insuran dan road tax..
juga ak sempat membeli 2 helai seluar n 2 helai baju ntok raya..
selain itu..
ak mmpu bayar bil streamyx ni n bg anak sdare n adek2 ak duit raya..

menjelang raya atau lebih tepat..
semasa raya ini..
ak kembali jatuh miskin..
kalo kerajaan kate pendapatan bawah rm500/sebulan itu miskin tegar..
ak pula berpendapatan RM -22.00/sebulan..
(negatif indicates paid money to buy rokok beb)
so pada pendapat korang..
ak pula dipanggil apa? papa kedana tegar?

semakin lama ak duduk dirumah..
ak semakin bosan..
BOSAN..
dan bosan..

bosan yg hanya difahami orang x bekerjaya..

dalam kepala otakku ini..
ak mahu meniaga..
meniaga..
bukan meniaga makanan..
tp bisnes mcm ikan keli..
cacing..or lelain (lain-lain).
tp ak x tahu dimana harusku cari peluang?
apakah peluang ak ntok berjaya?
dimanakanku dapat maklumat?
pada siapa ndak ku pasarkan?
bagaimana dengan pinjaman?
siapa yg boleh membantu menasihat perniagaanku?
dan bermacam2 lg soalan..

jd aku mengharapkan korang kawan2ku..
sesiapa yg boleh bantu aku dalam urusanku?
itu pintaku..
bantuan dari kamu semua..
pssst : mkan gaji tetap mkan gaji ok.. hehe~

bersambung...
Related Posts with Thumbnails

klik sini~