Assalamualaikum w.b.t...
Seperti yang anda perasan pada tajuk post ini...benda yang aku tunggu adalah kerja...Betapa tertekan dan frust nye rase diri ini menunggu offer letter dari sebuah company.
Cerita bermula apabila sebuah kompani ni menyatakan kekosongan didalam syarikatnya untuk post geofizik. Apabila mengetahui berita baik itu, ak dan rakan2ku (rakan sekelas juga) telah memohon untuk jawatan itu. Kami memohon diatas kelayakan kami seramai 16 orang kalau x silap. Sesi interview dijalankan 2 peringkat dimana 1 peringkat ntok 8 orang pertama dan 8 orang untuk 8 orang seterusnya. Mereka menawarkan 2 kekosongan. Aku tergolong dalam 8 orang seterusnya dan interview diadakan semasa bulan puasa. Sesi interview itu telah memakan masa 4 jam (jam 3 petang sehingga 7 malam) dimana kesemua calon di interview bersama. Oleh kerana kami diminta berbuka bersama mereka, mereka telah belanja Dominos. Alhamdulillah...kemudian kami meminta diri untuk pulang.
Setelah itu aku meneruskan hidupku seperti biasa. Meniaga di bazar ramadhan sehingga habis puasa. Semasa beberapa hari di bulan Syawal, mereka menghubungi hp ku menyatakan bahawa mereka mahu mengambil seramai 6 orang dan ak salah seorang yang layak. Alhamdulillah lg skali. Mereka menyatakan akan menghantar offer letter pada dua minggu lepas. Akan tetapi sehingga hari ini, aku dan rakan2ku tidak mendapat apa yang dijanjikan. Bukan ak x mahu kol mereka dan bertanya. Akan tetapi lebih baik ak beri mereka masa. Mungkin mereka lebih memerlukannya. Sehingga ke hari ini aku masih menunggu dan seperti yang ku nyatakan, penantian suatu penyiksaan.
Salah satu sebab ak masih menunggu offer letter tersebut adalah kerana mereka menawarkan kerja luar iaitu di Sarawak. Dan sebab utama, sukar untuk mencari kerja di zaman ini jika kelulusan x seberapa dan speaking x berhabuk. Kerja ini juga hanya boleh diisi jika ada kekosongan dan selagi tiada, paham2 je lah. Disebabkan itu ak mengambil keputusan menghadiri seminar Part time job bersama kementerian pada sabtu ini (2/10/2010). Dengan harapan agar masa depanku berubah. aku juga mungkin bekerja bersama rakanku dikampung juga buat kerja part time yang lain dan rasa mahu meneruskan perniagaan otak-otak ku di restoran berdekatan. 3 kerja sekali gus? harap2 dipermudahkan..Amin~
Sehingga kini, aku masih berdoa agar rezeki aku dan rakan2 aku dipermudahkan dan bertambah. Semoge kami semua mendapat pekerjaan tetap dan aku masih mahu membuka bisnes sampingan. Itu cita-citaku.
Terima kasih kerana membaca.
No comments:
Post a Comment