Assalammualaikum rerakan.
Setelah sekian lama aku tidak mengupdate blog ini, akhirnya aku berkesempatan juga. Update terbaru dari diri ini adalah aku sudah hampir 2 bulan (12 hb 1 2011 sehingga hari ini) berada di Sarawak. Setelah tiga minggu menetap di Park City Everly Hotel di bandar Bintulu, kami rakan sekerja (mcm rakan serumah) telah berpindah ke base camp (tdo dalam kabin) yang terletak lebih 80 km dari bandar Bintulu, iaitu di Plantation Area (nama dirahsiakan) yang terletak antara Bintulu dan Miri (perjalanan ke Miri dari Bintulu adalah 3 jam).
Cukup dengan sedikit update tentang kerja aku, aku nak cerita tentang suasana disini.
Di Bintulu ini, sukar menemukan makanan pedas, makanan mamak, makanan jawa, minang, apakan lagi masakan ibu (haha!). Aku terpakse adapt dengan makanan disini tapi setelah 2 bulan, masih sukar bagiku. Masjid agak sukar dijumpai tetapi masih ada. Kebanyakkan mereka disini berbangsa Iban, Melayu sarawak dan cina (itu je yg aku tau). Tapi majoritinya Iban.
Disini ada juga wayang, tapi ak sendiri x pernah rasa nak tgk sbb keadaan luarannya seperti tiada orang. Paling byk disini adalah kelab malam seperti Pub Kitai, dan byk juga rumah2 urut. Bagiku, Sarawak tempat paling heaven bg perokok kerana xkan terputus bekalan. Rokok juga dijual dengan harga yg murah. Kebanyakkan kedai disini termasok kedai makan akan tutup pada jam 11 malam (hampir seperti jam 12 malam di semenanjung kerana disini hampir 45 minit awal) dan hanya rumah urut dan disko atau club aja yang teros idop.
Disini, ramai orang menggunakan 4x4 sebagai transportation harian mereka dan boleh dikatakan wajib. Bukan kerana mereka masih menggunakan jalan batu atau tanah merah, tetapi kerana jalan kurang rata walaupun tar.
Aku juga tidak terlepas dari menggunakan 4x4 disini. Hampir semua jalan plantation kami (ak dan rerakan) teroka, jalan hutan balak lama, dan lain2 jalan. Pengalaman yang ak timba disini juga banyak, seperti mengejek tayar kereta yang terbenam, belajar menggunakan 4wd disaat memerlukan, memancing udang galah, memancing ikan di tepi pantai, pengalaman meredah hutan belantara dengan hanya 2 orang, pengalaman berjalan jauh, sejauh 4 km jalan kaki meredah plantation dan hutan setiap hari, pengalaman menebas hutan, pokok, membuat jalan semasa kecemasan di paya, berenang dalam sungai ntok buat jalan orang lain dan mcm2 lagi.
Nampaknya masa mencemburui aku..adeh, dah nak kol 11 malam, kedai tempat ak lepak dah nak tutup. Lain kali aku sambung cerita lagi.
Oh ya, dalam 2 bulan ni, ak baru dapat cuti selama 2 hari. waktu kerja pula dari jam 6.30 pagi sampai 7 malam. Sungguh memenatkan.
Terima kasih kerana membaca, sila tinggalkan komen anda.
Maaf tiada gambar dapat diberikan kerana sgt sibuk bekerja, xdan nak bergambaq, haha~!
Assalammualaikum.
2 comments:
baca entri pun boleh tau ko menaip dalam tergesa2 :p rasenye satu2 yg buat ko boleh survive kat sana--->>> ROKOK!! hahaha. aku peminat 4wd! ini rase nk pegi sana nih haha. btw, seronok nak tau pengalaman ko secara terperinci terutama bab redah2 hutan belantara tu :p
haha...
mmg tergesa2..
arie ni ak smpat on9 jap je...tgk report n wat kerja sket..baru smpat nak balas komen ko..tp mmg best la..smpai ak dah bosan naik 4wd..tp rase nak bli sebijik nnt..haha~ btw..mmg syok..nnt ade mase ak update lg terperinci..haha~ thanks~
Post a Comment