Sunday, March 28, 2010

kekotoran politik negara..


PENDEDAHAN seorang lagi Ahli Parlimen bebas, Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat, baru-baru ini membuka lagi banyak persoalan tentang kewibawaan Anwar Ibrahim. Bekas wakil rakyat PKR itu mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Walaupun Zulkifli tidak menamakan sesiapa, desas-desus berlegar bahawa orang yang dikaitkan ialah Anwar. Bekas pemimpin muda PKR, Ezam Mohd. Noor dalam reaksinya mendakwa, beliau juga pernah diminta memfitnah Najib dan Rosmah dalam kes Altantuya. Ezam tidak berselindung. Beliau menamakan Anwar sebagai orangnya. Menurut Ezam, beliau bertanyakan Anwar apa buktinya mengaitkan Najib tetapi pemimpin utama PKR itu berkata tiada dan sebaliknya meminta beliau ‘bedal’ (lempar tuduhan) sahaja terlebih dahulu. Tergamam Awang, sampai begitu sekali fitnah dijadikan senjata politik.

Pendedahan terbaru ini merupakan satu lagi tamparan kepada Anwar dan PKR. Belum pun reda, isu pembohongan beliau yang didakwa mengaitkan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia dalam cubaan rampasan kuasa 16 September, terdedah satu lagi tembelang besar. Kalau di kebanyakan negara, pemimpin yang melakukan pembohongan besar, dengan sendirinya melepaskan jawatan. Dengan imej sebagai pembohong, beliau tidak layak menjadi Ketua Pembangkang. Memalukan. Ia suatu penghinaan kepada pembangkang, rakyat dan negara. Pemimpin harus kelihatan bersih.

Setakat ini, penjelasan Anwar berkaitan pendedahan di Dewan Rakyat, tidak meyakinkan. Seperti biasa, beliau marah dan melenting apabila diajukan pertanyaan yang beliau tidak suka. Walaupun kononnya memperjuangkan demokrasi dan kebebasan media, Anwar bersandiwara. Beliau selalu emosional, meninggi suara dan memperlekehkan wartawan. Anwar menggambarkan beliau pemimpin hebat tetapi selalu gagal menangani soalan media. Bukan itu sahaja Anwar bersama pemimpin DAP memboikot media yang tidak selari dengan aspirasi pembangkang. Bayangkan jika Anwar yang menghadapi krisis moral, integriti dan hipokrit dalam soal demokrasi, menjadi Perdana Menteri, Awang boleh gambarkan beliau akan menjadi seorang diktator dan zalim. Bibit- bibit itu semakin jelas sekarang. 

Pada Awang, Anwar bukan setakat liabiliti kepada pembangkang malah kepada agama, bangsa dan negara. Makin banyak senario yang tidak memihak kepada beliau. Tetapi waspadalah, orang terdesak akan melakukan tindakan terdesak dan di luar jangkaan. Ketika ini, beliau memperhebatkan lagi kempen ke seluruh negara atas nama menyelamatkan Malaysia tetapi sebenarnya bertujuan untuk menyelamatkan diri. Bukti pendakwaan kes liwat terhadap Saiful Azlan Bukhari cukup kukuh dan terus meresahkan Anwar. Beliau juga dikatakan khuatir jika Saiful ditemukan dengan ulama ternama Islam, Dr. Yusuf Qaradhawi. Selama ini, beliau dilihat memanipulasi ulama berkenaan tanpa Saiful diberi keadilan. Jika pertemuan itu berlaku Saiful boleh memberikan versi cerita beliau, yang boleh dinilai oleh ulama tersebut. 

Keyakinan Saiful untuk melakukan sumpah muhabalah di masjid berbanding dengan keengganan Anwar, sudah boleh menjadi petunjuk. Melihat air muka Anwar yang kian keruh dan merenung wajah Saiful yang sentiasa tenang, dapat memberikan sedikit cahaya akal siapa sebenarnya yang menjadi mangsa.

p/s: mengapa anwar perlu takot n marah2? berani kerana benar...takut kerana salah..lg2 kes liwat..kalo saiful salah..tp kenapa die berani? anwar yg takot? renung2kan...buktikan dia x bersalah..baru orang percaya...mane g penyokong anwar? ntah la..diam x terkate..

Friday, March 26, 2010

serius..

serius..

ak dah sampai kat umah..
lege rasenye..
terasa rindu lak kat USM..
yelah..
kene tinggal seminggu..
haha..
rndu jgak si dia disana..
ap pon..
nak spend time yg berkualiti..
dengan awek ptame ak..
ibuku..

karaoke bersame..
masak bersama..
(kacau je la)..
tdo bersama..
menonton bersama..
jalan2 bersama...
semua bersama lah..
hehe..
ak syg samanya..

tp
nak mkan ap ye sok?
nak wat request..
ayam lemak cili api?
mcm menarik..
sambal kerang?
sambal sotong?
sambal telo..
(telor adalah mknn feveretku..
hinggakan bakal suri rumah ak nak msak telo goreng
je arie2..mkan ngan nasi n kicap..ap2 la..jnji layan~~)
  kene mkan puas2 ni..

ap pon..
~~~~~~ak suke suasana rumah~~~~~~~
dengan bunyi ayam berkokok

Thursday, March 25, 2010

luahan

assalammualaikum..

alhamdulillah..
berjaya juga aku harungi mggu penuh kesibukan..
yelah..
mane x sibuk..
mggu depan nak anta full thesis..
nak g conference kat KL lg..
nak2 ade tambahan assignment advance..
n lain2 lagi perkara yg ak rase bz..

tp nasib bek thesis ak dah 35% siap..
kire ade progress gak la kan?
pastu td g test protokol..
dari kul 3 sampai 7..
penat gak la..
huhu..
ntah boleh siap mggu depan ke x..

pasal advance geo nye assignment lak..
nasib bek dah ade sumber..
cume nak mntk tlg translate (lembangan pengenapan) dalam BI..
leh x?
ak x tau la ape..agak aku deposit basin..ntah la?
korang tlg eh?


conference...


nasib bek mggu ni g KL..
so leh la ak manfaat kan mase ngan singgah rumah dulu..
hehe..
asalnye nak balik pg ni..kol 10..
tp dah takdir...
ak balik kol 12 malam ni..
sampai sok kol 4 .30 pg..
arapnye lah..doakan ak slamat sampai ok?
cadangnye nak lepak2 n membesarkan badan kat umah..
arie ahad baru g Kl..
lepak hotel kan..
hehe..
kire g bercuti je g KL ni..


manfaat..


ak nak manfaatkan ujung mggu ni sehabis baik..
yelah..
asyik tensen ngan kerja je..
sakit pale gak aku..
arapnye semua leh settle sem ni..
nasib bek ak ambik 4 paper je exam..
lege lah sket..
pastu mula exam 26hb 4..lambat rasenye..
tp ok gak la..


arapanku..moge segalenye siap pada masenye..
semoge ak dapat grad kat USM INDUK~! sem ni..
apepon...enjoy my student life..


p/s: terase sedih bile dah bergelar pelajar tahun akhir n sem akhir..tp doakan ak slamat ber-VIVA 14 hb 4 ni..repot x siap lg..ahaks~ 


wassalam~

Monday, March 22, 2010

tag mentag..

adoyai~! kene tag lak..
ni sume salah odah...
setelah kene tag ngan pas purius~ haha..
so ak menjawab dengan mengkopi dari blok ko je lah ok odah?

berikut adelah soklan2 mengarut nya~


S0klan 1: Nama-nama timangan oleh org tersayang...
1-abang- adek beradik aku..
2-abg- mak bapak aku..
3- abang - awek aku..
4-abg - makcik2 aku..

p/s: orang2 tersayang je kan? xtau la korang syg ak ke x..tu x bubuh..hehe..




S0klan 2: Anda seorang yang...
= berak diwaktu pagi...ok?

S0klan 3: Makanan favourite anda...
= angin? bukankah jalan2 tu makan angin? so sy ske mkan angin..

S0klan 4: Favourite colors...
= water colour...pencil colour...water cooler..kale air...kale pensil..xske sgt la kale2 ni..huhu..susah nak jawab~

S0klan 5: Favourite songs (currently listening to)...
= nothing~! dengan konpidennye...ak dengar bunyik pewot ak bermain musik di siang hari..

S0klan 6: Sikap yg membuatkan anda stress...
= kalo young modulus = stress/strain...maka stress = young modulus X strain~! muktamad! pasti!

S0klan 7: 3 benda yg mesti ade dalam bag/handbag anda...
= g kelas pon ak x bawak henbeg..ok2..kalo ade dalam tu pon besenye..2 botol air kosong..1 kotak rokok..1 lighter...wallet...dalam pensil case ak lak..pen sebatang! pensil sebatang! kakiteror sepapan! cukup! (serius ni)..

S0klan 8: Kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa?
= dalam mimpi..x engat nape...bgn2 air mate meleleh...nangs tahan kencing barangkali?

S0klan 9: Tag 5 rakan anda...
= tak nak lah! (bak kate odah) ....eh agak2 cik solihin masih bace blog ak x?   jawablah k? encik qima n dzul pula bagaimana?  n kepada korang yg bace dalam senyap..(read-no-mouth-but-type)..jgn nak dok2 diam...sesape je bace...sila lah jawab jgak...jgn bace je..haha~

18SX - merapu?

testing2..
cubaan2..
saje nak mencuba..
ak baru blaja dalam blog..
so ak nak try..
adakah ia akan menjadi?
kalo jd tahniah la...
semua ni solihin yg suruh...
(letak name die coz die xkan post kat blog die lg..haha) 

teruskan membaca---;

Sunday, March 21, 2010

melayu kita 2 dan 3 - mengapa perlu bela nasib bangsa kita..

sambungan dari kisah terdahulu..

Keistimewaan

Sepatutnya mereka mesti faham mengapa masyarakat bumiputera diberikan keistimewaan di sebuah negara yang diwarisi daripada nenek moyang mereka selama beratus bahkan beribu tahun. Jika mereka yang baru tinggal di situ secara haram tidak sampai seratus tahun bermati-matian berpendapat mereka berhak atas tanah tersebut disebabkan apa yang mereka telah usahakan, apakah salahnya bagi kaum bumiputera diberikan keistimewaan dari segi polisi pentadbiran kerana mereka juga telah berusaha selama ratusan (bahkan mungkin ribuan) tahun untuk memakmurkan wilayah mereka sendiri?

Di samping itu saya juga ingin berkongsi pengalaman seseorang yang pernah bekerja di bahagian kewangan sebuah kementerian yang diterajui oleh menteri bukan Melayu.
Menurutnya, jika dalam kampung tersebut adalah terdiri daripada bukan Melayu yang sebangsa dengan menteri tersebut, maka jumlah gantirugi yang diberikan kepada penduduk tersebut adalah berlipat kali ganda. Manakala, jika kawasan tersebut dihuni oleh orang Melayu atau bumiputera, maka peruntukan atau ganti rugi tersebut dibuat lebih kurang sahaja. Orang Melayu tidak banyak cakap dan menerima sahaja kerana pada mereka wang selonggok di depan mata sudah mencukupi. Mereka tidak sedar bahawa sejumlah wang tersebut hanya boleh menyaranya untuk jangka masa yang singkat, berbanding orang lain yang mungkin mendapatkan perlindungan atau pampasan jangka panjang.

Hari ini, mungkin pada luarannya dasar kerajaan nampak melebihkan bumiputera, tapi secara aplikasinya tidaklah begitu. Malah apa yang diperjuangkan oleh sebahagian masyarakat bukan Melayu selama ini mungkin telah pun mereka dapat secara senyap-senyap. Cuma tidak diberikan publisiti secara besar-besaran sebagaimana cara kita membantu orang Melayu. Publisitinya begitu meluas. Inilah sifat kita, selalunya suka dipuji sehingga pujian tersebut mengalpakan kita, ibarat menang sorak kampung tergadai.

Saya memetik kata-kata e-mel tersebut yang amat menyentuh hati saya: "Apa pun saya bukanlah sayang sangat bangsa saya, bahkan saudara-saudara baru (mualaf) lebih saya sayang daripada kebanyakan Melayu muslim. Terus terang saya katakan jika ada seorang Cina/India /Siam/Iban/Kadazan dan lain-lain yang baru memeluk Islam tidak sampai sebulan, tapi lebih alim, bertaqwa, cekap dan berkaliber dalam memerintah negara, saya lebih rela negara ini diperintah olehnya. Ini kerana, seorang mukmin yang bertaqwa pasti akan berusaha memerintah dengan penuh keadilan tidak kira apa pun bangsanya. Yang Melayu Muslim memerintah sekarang ini ramai yang lebih banyak memalit arang kepada imej Islam (termasuklah daripada PAS sendiri). Cuma saya menulis di sini kerana ada pihak yang sudah jadi macam Belanda minta tanah, diberi betis nakkan peha". 

Saya tidak dapat meneruskan kata-kata beliau kerana agak sensitif. Apa pun saya ucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan sensitiviti penghantar email tersebut terhadap permasalahan ummah dalam pembinaan negara bangsa. Bandingkanlah tolak ansur, berapa banyak tanah-tanah Melayu termasuk tanah rezab yang telah tergadai kerana memberikan laluan kepada pembangunan? Hatta, masjid surau pun sanggup dirobohkan? Bayangkan jika satu kuil atau rumah ibadat mereka dirobohkan, apakah reaksinya? Kenapa penduduk di kawasan tersebut begitu bimbang rumah mereka akan dirobohkan bagi pembinaan menara untuk kepentingan masa depan dan anak cucu mereka? Isunya hanya berkaitan pemasangan kabel elektrik dan pampasan telah pun disediakan? Takkan mereka mengharapkan TNB menyedia rumah banglo untuk mereka di kawasan bukan milik mereka?
Bantahan mereka masih belum berakhir. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin memberi jaminan bahawa tidak ada kerja-kerja merobohkan akan diadakan sehingga mesyuarat antara TNB dan wakil penduduk diadakan Jumaat lalu. Saya tidak tahu apakah keputusan kerana artikel ini terpaksa dihantar lebih awal. 

Namun, saya boleh menjangkakan bahawa mesyuarat tersebut tidak akan dapat menyelesaikan masalah, apatah lagi kawasan tersebut berada di negeri yang perintah oleh ultra kiasu. Awal-awal lagi mereka telah bersekongkol walaupun ia bercanggah dengan undang-undang. Ini yang selalu saya katakan, bila nasib sebegini menimpa umat Islam, tidak banyak timbul masalah. Tetapi bila kena pada bukan Islam, satu Malaysia seolah-olah tidak ada berita lain. Tindakan sebegini ternyata amat bercanggah dengan konsep 1Malaysia yakni memberikan hak kepada yang berhak mengikut lunas undang-undang bukannya menuntut apa yang telah dapat dan menambah sampai membukit. 

Seultra kiasu

Melayu yang saya kenal tidaklah seultra kiasu seperti sekumpulan mereka yang berada di negeri ultra kiasu ini. Mereka rela hasil bumi dikaut oleh orang lain selagi budaya dan agama Islam terpelihara. Mereka jarang cemburu atau dengki kepada orang lain, walaupun sifat ini berlaku di kalangan sesama mereka. Bapa saya boleh membina kekayaan di kawasan majoriti orang Melayu, tanpa diganggu-gugat. Bapa saya berjaya membeli beberapa keping tanah di kampung-kampung Melayu.

Satu kelemahan orang Melayu mudah cair melihat wang di depan mata dan pada masa sama mereka suka berhutang. Berhutang pula jarang mahu bayar, tetapi mereka tidak sedar keuntungan telah pun diperolehi daripada hutang pokok yang tidak dibayar. Bila hutang tidak dapat dibayar, maka hutang tersebut akan ditebus dengan menjualkan barang kepunyaan mereka seperti barang kemas, tanah, hasil subsidi kerajaan seperti biji benih, baja dan sebagainya. Semasa saya kecil dahulu, saya melihat begitu banyak hasil subsidi kerajaan telah dijual kepada bapa saya bagi mereka yang tidak mampu membayar hutang.

Kalau dulu hutang dipotong dengan menjual subsidi kerajaan, hari ini along telah mengambil alih tugas tersebut. Hutang mesti dibayar bersama faedah yang tinggi. Hutang bersama faedah akan terus bertambah dari masa ke semasa jika tidak dibayar. Inilah sifat yang menyamai sifat Yahudi. Kebanyakan harta umat Islam tergadai kepada along kerana harta mereka telah tergadai.

Saya ingin ingatkan rakan sebangsa saya, orang Melayu yang saya kenali suka memendam rasa. Hari ini mereka asyik mengalah. Kita pula seronok melihat orang lain kalah atau dikenakan tindakan.

Kita sentiasa mahu menang, tanpa menyedari kemenangan itu meninggalkan implikasi besar ke atas orang lain. Kita jarang mengkaji parut yang tinggal akibat kekalahan yang diterima. Parut inilah yang bahaya kerana parut ini akan meninggal kenangan yang sukar untuk dilupakan. 

Dari sudut psikologi, parut itu akan dikenang hingga ke akhir hayat. Inilah yang disebut luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu. Parut ini biasanya akan menyebabkan seseorang itu memendam rasa. Sesuatu yang dipendam tidak selama-lamanya terpendam. Satu hari ia akan meletup. Letupan itulah yang paling saya takuti.
Saya bangkitkan isu ini kerana saya sayangkan bangsa saya yang tidak ultra kiasu. Saya bimbang mereka turut menjadi mangsa disebabkan oleh tindakan segelintir ultra kiasu. Mungkin sekarang kita tidak dapat kesannya. Tetapi ia tidak mustahil akan berlaku. Cuma masa akan menentukan. Saya cukup bersetuju dengan kata-kata bahawa negara kita nampak sahaja stabil tetapi sebenarnya tension.


renung-renungkanlah...

melayu kita 1 - mengapa perlu bela nasib bangsa kita..

salam kepada semua..
artikel ni aku ambil dari utusan malaysia online..
maaflah kalo terlalu panjang..
arap2 nye..korang bace lah..
bukan ntok berpolitik..
tp fahami ap yg kami cuba sampaikan..
mengapa kita perlu bela nasib melayu kita..
dan sering mengalah..

PADA 13 Mac 2010, saya menerima e-mel daripada seorang saudara yang amat prihatin dengan nasib Melayu di bumi Melayu yang selalu dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu terutama parti ultra kiasu dan rakan sekutunya yang boleh diibaratkan seperti Belanda minta tanah dan kaduk naik junjung.

Saya terpaksa mengubah tajuk artikel yang sepatutnya kerana saya fikirkan emailnya amat penting, apatah lagi isu ini telah disensasikan oleh laman-laman web mereka.
Isunya berkaitan dengan penduduk Kampung Sungai Terentang, Rawang yang membantah kerja-kerja pemasangan kabel voltan tinggi oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat bukan Melayu untuk memahami sentimen kebanyakan masyarakat Melayu. Janganlah tuduh saya lebih Melayu dari Melayu selepas ini kerana saya tidak pernah mengakuinya walaupun ia diikhtiraf oleh Perlembagaan.

Sepanjang pengetahuan saya, tanah yang diduduki oleh penduduk kampung berkenaan bukannya tanah mereka pun. Tanah itu milik TNB dan mereka hanyalah setinggan di situ. Tetapi apabila ada ura-ura hendak merobohkan kediaman mereka dan memindahkan mereka yang terlibat, semuanya menjadi kecoh dan ramai yang menentang. 

Pemimpin-pemimpin ultra kiasu mula masuk kampung kerana mereka mahu menjadi jaguh kampung untuk mendapatkan publisiti murahan. Bayangkanlah jika tanah tersebut diduduki oleh orang Melayu, sudah tentu TNB akan meneruskan kerja-kerjanya. Orang Melayu akan memberikan laluan atas dasar pembangunan walaupun pampasannya tidak seberapa. Apakah mungkin ultra kiasu ini akan membela mereka dengan bersungguh-sungguh? 

Setinggan tetap setinggan. Dari segi undang-undang, mereka tidak ada hak pun untuk mempertahankan tanah tersebut. Saya tidak nampak semua rumah akan dirobohkan, mungkin sebahagian. Namun, mereka telah membawa kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan pada November lalu.

Mahkamah memutuskan bahawa TNB mempunyai hak untuk meneruskan projek itu sebab itu adalah tanah TNB, muktamad. Mahkamah juga memerintahkan TNB supaya membayar pampasan berjumlah RM10.4 juta kepada penduduk terlibat yang telah mereka melaksanakan. Tidakkah jumlah wang tersebut begitu besar? (mengapa kene bayar pampasan atas tanah sendiri?)

Tetapi inilah sifat ultra kiasu yang telah menyelubungi mereka yang setelah dihasut oleh parti ultra kiasu. Jika di Pulau Pinang, senang sahaja tanah Melayu diambil dan gerai mereka diroboh, tetapi bila kena batang hidung sendiri? Alahai, itulah nasib Melayu di bumi Melayu. Lebih menyedihkan orang Melayu tidak banyak tampil membela Melayu itu sendiri. Menitis air mata memikirkan bila bukan Melayu seperti saya terpaksa membela Melayu hanya dek kerana Melayu beragama Islam, walaupun terpaksa dihina dan dikeji oleh bangsa sendiri termasuk saudara mara saya. Tetapi apakan daya, semangat Islam mengatasi segala-gala. 

bersambung................


P/s: artikel ni ditulis oleh seorang bukan melayu yang beragama Islam..membela nasib melayu itu kerana Islamnya..tp mana Melayu kita? kemanakah Melayu yang kita war2kan? kita sangkakan melayu sudah mampu bersaing dengan bangsa lain...lahirnya melayu radikal...
melayu yang mahu hak kesamarataan dengan bukan melayu...tp tidakkah mereka tahu? betapa bodohnya mereka..bangsa mereka ditindas? Melayu sendiri tidak mahu membela...ya..Melayu lebih mementingkan diri sendiri..mmg ada yg berjaya (peguam n ahli politik dll)..tp kemanakah mereka? melayu hanya tahu mengalah..inilah sebab kenapa kita perlu membela bangsa kita..nyatakan hak kita..bila melayu bela melayu...kita dituduh rasist..tp bila mereka? jgn takut dikatakan begitu..kerana kita membela Islam sebenarnya...tiadanya Melayu...maka tiadalah Islam..dibumi Malaysia..



Saturday, March 20, 2010

Penguat kuasa halal 'dikurung'

Utusan Malaysia Online
REMBAU 16 Mac - Pengusaha sebuah kilang memproses ayam di Pedas dekat sini bertindak di luar dugaan apabila 'mengurung' 12 pegawai dari dua agensi penguatkuasaan yang melakukan serbuan di premis itu hari ini.
Pengusaha tersebut bertindak mengunci pagar premis itu ketika serbuan dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada pukul 5.30 petang.
Turut terperangkap di dalam premis itu ialah tiga wartawan dan dua jurukamera yang membuat liputan serbuan berkenaan.
Difahamkan, tindakan itu dilakukan oleh pihak pengusaha bagi menghalang sebarang berita dan gambar mengenai serbuan Jakim dan KPDNKK di premis itu dilaporkan oleh pihak media.
Mereka 'dikurung' selama kira-kira tiga jam dan hanya dapat keluar dari kilang itu selepas polis tiba dan melakukan rundingan dengan pengusaha berkenaan.
Penolong Pengarah Jakim, Mohd. Amri Abdullah yang ditemui pemberita menjelaskan, operasi itu dibuat berikutan rampasan satu tan metrik ayam di Pulau Pinang kerana diragui cara penyembelihannya.
"Siasatan awal kami mendapati kilang ini membekalkan ayam kepada salah sebuah syarikat yang membekalkannya pula kepada salah sebuah pasar raya terkenal di Pulau Pinang.
"Berikutan maklumat itu, sepasukan anggota KPDNKK dan Jakim bertindak memeriksa kilang ini," katanya.
Mohd. Amri memberitahu, Jakim menggantung sementara sijil halal kilang terbabit sehingga siasatan selesai.

p/s: pasaraya terkenal? pasaraye ape tu? tesco? giant? yang pasti berhati2 kalo nak makan ayam...tanye dulu tuan kedai makan tu..hak kite sbgai pengguna...diorang beli katne..kalo pasar pagi leh la mkan...kalo pasaraya...paham2 la..tp jgn terus boikot semua....tanye dulu..ok? kesian orang yg jual ayam sbgai menu utama n beli pula dari pasar pagi,..kan?

Thursday, March 18, 2010

cinta..

salam rerakanku..
saje menulis sedikit artikel dikala kebosanan..
dengan tajuk yang sedikit jiwang..
bukanlah untuk bercerita tentang kisah cinta aku..
mahupon kisah cinta orang lain..
tetapi berkongsi ape yang ada padanya..
arapanku...
jika salahnya artikel ini..
silalah tegur agarku juga dapat membetulkan diri..

alkisah..

apa itu cinta?
adakah sekadar ungkapan kata2 oleh sepasang kekasih?
ataupun perasaan yang benar2 ikhlas yg lahir dari hati..
tp apekah itu cinta?

seringkali kita mendengar..
ak cinta padamu sayang..
yang diungkapkan oleh 2 merpati yg berkasihan..

apabila si perempuan bertanya..
abang cintakan sayang?
yang si lelaki pula..
mstilah abg cintakan sayang..cinta selama-lamanya..
si perempuan bertanya semula..
ape bukti abg cinta sayang?
si lelaki pon terkebil2 lah mencari jawapan..
sebab sayang cantik..sayang pandai melayan abg..
sayang itu...sayang ini...dan mcm2 lagi..

tidak dinafikan kadang kala jawapan itu untuk menyedapkan hati si wanita td..
mahupun mmg benar lahir dari hati sang teruna..
tp perlukah cinta itu diungkap dengan sedemikian rupa?
bagaimanakah jika sang dara sudah tidak cantik?
bagaimana jika si dia sudah kurang melayan?
n bagaimana?
masihkah ada cinta yang diwar2 kan td?
atau sudah hilang bersama kecantikan si dara?

apapun..
pada pendapatku..
cinta x memerlukan sebab..
kerana sebab itu akan hanya menjadikan cinta itu pergi bersamanya..

berbeza situasi pula pada orang yang sering mengungkapkan cinta..
bukan pada pasangannya..
tp kepada sesiapa yg di temui dan diminatinya..
atau pun orang yang ditemuinya...
mungkin juga orang seperti ini tidak serius bercinta...
atau tidak pernah benar2 bercinta?

secara umumnya...
perkataan cinta itu bukan lah sesuatu yang boleh diucap sewenang2nya..
kerana cinta itu indah..dan sukar diperoleh..
ia bukan sekadar ucapan..
tp juga isi hati si pengucap..

orang yang mengungkapkan cinta dengan mudah kepada sesiapa..
adalah orang yang tidak memahami apa itu cinta..
walaupun ia sekadar gurauan..
tp ia mencerminkan betapa bernilainya diri kita didalam institusi percintaan ini..(cheh)
dan sudah tentu..
orang yang mengucapkan nya sewenangnya..
seperti mudah diperoleh cintanya..

mereka bagaikan membuka pekung di dada..
seperti pasir ditepian pantai...kilauannya seperti permata..
tetapi tiada nilainya..

nasihatku..
simpanlah ungkapan itu..
ungkapkan lah hanya jika anda sudah benar2 jmpe si dia...
orang yang benar2 anda mahu idop bersama..
mati bersama..
dan gembira bersama...


p/s: nak tulis byk lagi...tp ade hal lak..xsmpat...jadi ak pendekkan..sowi..
papai~

 

Wednesday, March 17, 2010

laju..menakjubkan..

malam ni ak ngah mendonlod windows..
dari web site yang aku dapat dari tenet...sumenye free..
ak pon usha la kelajuan tenet USM ak..
ni hasilnya..

 

 kalo korang x nampak..25% penerimaan daripada 54Mbs..
leh tahan la..
ak kagum sebab USMHotspot..itu jer..

k chow~ 

oh ya...dalam ak post mende ni..
en tenet semakin laju..
so aku edit..
ia sudah mencecah 33% plak..

arapanku..
kalo dapat 100% lagi best..
ak terminate berok aku..hgaha~

laptop part 2..

salam lagi kepada rakan2ku..
(mcm ade orang bace post ak kan?) haha~

xp...nak bace ke x..
ak x kesah..
jnji ak nak luahkan..
n berkongsi..

seperti yang di janji sebelum ni..
ak nak sambung bercerita lah pasal laptop ak plak..


laptop aku..
berjename acer..
ade web cam..
xd kaki...
tp ade cooler..
xd tgn...
tp ade keyboard..
xd otak..
tp pandai proses..
dah2..
ngarut lak..


ceritenye bermula..
ak memiliki laptop ni semenjak ak 1st year lg..
dalam kalangan rakan2 ak mase tu..
ak lah orang petame yg ade laptop..haha..
btol kan alep?

laptop ni kire awek ke berape pon ak xtau la..
hampir tiap mase ak hadap die..huhu~
namun begitu..
ak x berape pandai menjaga laptop ak..
berbanding kotak rokok ak yang sentiase cool~
haha..kdg2 kemek gak..


al kisahnye..
ak lepak kat umah time tu..
dengan selambe badaknye..
meletakkan laptop ak diatas katil..
(acer ni cepat panas)..
hot gitu~ aww~
haha..
ak membiarkan adek2 ak men..


nak dijadikan cerita..
malam tu hujan..
ak lak dah ngantuk tahap gaban..
suruh la adek ak tutup kalo dah abis men..


tp alangkah bodonye ak..
tutup tnpe cabut pelak (plug)..
adus..kilat lak sabung menyabung malam tu..
soknye aku bgn..
adoyai~
laptop ak dah diserang penyakit..
iaitu tidur sampai mati..
eh..overheating..ataupon xmo idop dah..


bile ak on..
kipas berputar..
tp panas~
ak pon sgt sedih..


nk dijadikan cerita lagi..
ak bawak balik penang..
g betulkan..
mcm yang ak cakap..
papan ibunya rosak dong~
adeh..
nak repair ke nak bli baru?

maka...
ak berfikir..
dan fikir..
fikir...
terus berfikir..
masih berfikir..
fikir lagi...
lagi2 fikir..
ya...nyanyilah lagu ahli fikir~

xdlah..
fikir nye fikir..
ak ambik keputusan ntk membaiki..
sebab ak dah tau kosnye rm700~ xleh kurang..
siotnye apek..

seminggu lepas tu..
ak dapat..
dan aku seronok..
n ak gune cam biase..


tp kusangkakan kopi..
rupanya teh tarik..


eh2..
kusangkakan panas sampai ke malam..
tp ujan di waktu petang..

x sampai 3 bulan ak gune..
(28 hari dari tarikh ak ambik)..
die rosak balik..
dengan ciri2 yang same..
penyakit yang same..
dan tingkah laku yang same..
adeh~


dalam pale otak ak..
mmpos lg rm700 ak nak terbang..


tp bile check balik..
upenye setiap hardware yg ditukar ade warranty 3 bulan..


ape lg..
tanpe membuang mase..
ak pon pecut berlari..(nek moto la)
ke acer center tu semula..
nsb bek sempat..


laptop ak masok bengkel balik..
huhu..
tp alhamdulillah..
.ia masih selamat sehingga ke hari ini..
arapanku..
tunggu ak keje la kalo nak rosak lg skali pon k?


sebab2 laptop ak rosak(pendapat ak la)..
1. ak xpenah bawanya dalam beg laptop..
bak kate alep..
ko bawak balik gule2 ker?


2. ak sentiase memuatkan dalam beg pakaian..
bak kate alep..
mane laptop ko?
ak: tu ha...(sambil tunjuk dalam beg n simpan bawah bas)..


3.ak on laptop x penah kurang dari 3 minggu..
pada pendapat ak..
laptop bkan tau penat..


4.ak x penah tutup laptop lebih dari 5 minit..
ya..dalam 3 minggu tu..
breaknye hanya 5 minit..
sedih n kasihan..


5.ak taruk kat mane ak ske..
dalam bas(bawah kaki..bawah tmpat letak barang..etc)


6.penat dah pk..
tp mmg byk la sebabnye..
n ade yang ak masih lagi wat..
xtutup lebih dari 3 mggu..
adeh~


sebab ak x jage: dulu ak jage elok..x gune bateri mase gne charger..rosak lak bateri..tros malas nak jage elok2..wat cam member baling guli, men campak2 n gula2 jer la..huhu~


p/s: jage la barang korang elok2...bagilah laptop tu berehat..bersihkan la bawah laptop tu..tersumbat dgn abuk dah~ adeh~

Monday, March 15, 2010

laptop part 1..

salam kepada semua rakan2ku..

seharian x mengupdate blog terasa lame juge..
yelah...seharian kan 24 jam..
ak mule kurang menge-post di blog start semalam..
sume ni sebab die...ye...thesis yang melambak n xtau bile nak anta..huhu..

dengan penuh ketekunan ak menaip thesisku...
bak kate alep bile melawat bilik aku...udah2 la tu...esok sambung la..
huhu...ntah la..ak kalo dah wat sesuatu perkara dengan tekun..
mmg tekun lah jadiknye...(sebab tu dok tekun...kalo x jd lah aman ke..restu ke..)..

dalam kelekaan ak menaip thesis...bersambung kehari ni...udah hampir 30 muka surat ak siapkan..(itu baru teori)..haha..bangge jugak ak..tp tetibe ak teringat akan laptop bapak aku..

ye...laptop bapak aku! laptop ni sebenarnye rosak..xtau ape masalahnye..
rosaknye bermula dari umah lg...bapak ak pon g la anta ke kedai kawan die...
alih2 member tu cakap xleh wat...ak pelik lah gak..anta kat kawan die yang lain pon same...xtau ape punca...adeh~ dalam kepale ak...terpk gak...bapak ak anta kedai kasut ke kedai basikal? huhu~ 

jg ak pon dengan bermurah atie..mengofferkan diri..yelah..bapak dalam kesusahan..mintak duit tau...tolong xkan xleh..kan? huhu~ ak pon membawe laptop bapaku merantau jauh...sejauh 400km gak la..(anggaran dr klang ke penang)..ntah btol ntah x..huhu~

ak anta la laptop ni kat acer centre yang terletak di jalan dato' keramat...(ak ni kire expert gak la jalan kat penang..2 yang pening)...huhu~ maka terjadilah dialog antare ak ngan tuan nye kedai..

ak: bos..ni laptop rosak la..
tuan kedai: mstilah rosak..itu sebab lu anta sini..
ak: (dalam kepale ak..tol gak tp xyah la loya buruk)..
tuan kedai: ni ape masalah?
ak: ntah la bos...die xmo idop...(mane ade laptop idop..ak gelak dalam atie..takot kene sepak)..huhu~
tuan kedai: xp2..lu letak situ...bg rm 50..deposit..
ak: haha...ak dah tau..nah~! bile leh siap bos?
tuan kedai: lu tunggu kitolang kol u la...ok?
ak: ok lah bos...chow~

setelah seminggu anta..

tiada juga kabar berita..
dalam otak ak berpikir juga...
ak anta kedai kasut yg same mcm bapak ak gak ker?
huhu~
susah jugak masalah laptop bapak ak nie..


setelah 2 minggu..


satu panggilan dari KL menerjah masuk hp ku...
akhirnya...panggilan yang ku nanti selame ni..(sebenarnye ak dah hampir lupe setelah 2 minggu...kalo x..jd besi buruk lah jawabnye)
ello2..ok2...sok saya kasi tau ade duit ke x....(alasan aku)..
setelah kol bapak ak.. "ok x?" "nak wat?" "ok2"...(bapak ak suruh wat gak...)


upenye laptop dah di check..masalah same cam laptop ak sblom ni..
masalah papan ibu atau dalam melayunye..."motherboard"..
dan ak leh agak..
argenye...
rm70o~ sudah pasti..


dipendekkan cerita..
bapak ak masokkan duit dalam akaun ak..
ak gembira...
die bg duit lebih..
untung ak..
hahaha~

so td ak g ambik laptop tu..
sumenye alhamdulillah dalam keadaan baik..
semoge x rosak mcm laptop ak lg...
rosak motherboard ntok kali ke 2...huhu~
nnt ak ceritakan sebab pe n camne leh rosak..
sekian dulu...
nak smyang maghrib..haha~
salam~





Saturday, March 13, 2010

berkongsi..lelaki curang?


(forward message)
 Pernahkah you all terfikir, mengapa lelaki berlaku curang?… :P Adakah mungkin kerana wanita lain lebih lawa lagi? :D
Ramai wanita menjawab, “Nama lagi lelaki…memanglah curang!…tak boleh percaya!”  Namun yang nyata jawapan itu tidak akan membuatkan wanita merasa tenang pun. Menyakitkan hati lagi ada. In general, it’s down to individual, actually.
Pada pendapatnya, lelaki tidak mempunyai sebarang sebab mengapa mereka berlaku curang. Mereka tidak mempunyai alasan kukuh, malah jika ditanya dengan lelaki itu sendiri, semua jawapan yang diberi seolah-olah mereka sendiri juga tidak tahu apakah sebab utama sebenarnya.
“Tapi mungkin kerana, pasangannya dah gemuk, tidak seperti di awal perhubungan? :) ”
If ever bro yang berlaku curang, maybe bro sendiri tidak tahu menjawabnya. You know, kadang-kadang tu bro sendiri terasa nak tergelak mendengar alasan-alasan yang diberi apabila lelaki-lelaki ini tertangkap berlaku curang. Pernah dengar alasan, “I rasa tersisih semenjak kita ada baby…you lebih pentingkan baby dari I…itu yang I cari ’Baby’ lain!” 
YES, memang dia orang tahu apa yang dia orang nak…tetapi untuk memberi sebab utama, mulailah terkial-kial dengan berbagai alasan yang tak masuk diakal pun sempat direka ciptanya :-
Kata lelaki, Masa awal-awal dan masih cinta…
“Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.” 
“You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je” 
“I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.” 
“I suka you sexy, menaikkan semangat I tau” 
“I’m a good listener, you can talk about anything to me.”
Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…
“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah. 
“You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah” 
“You dah gemuk…I nak yang slim-slim.” 
“Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.” 
“You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”
Aiih…cepat bebenor berubahnya ya…Hehehe…terkena kaum lelaki minggu ni. Tapi relax arrr…bukan bro nak menyalahkan sesiapa cuma bro sendiri curious and wondering, why do men cheat on women?! 
Tidak ingatkah janji you all pada yang tersayang dulu-dulu? Mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati pulak melukakan wanita?…Ada bro bertanya pada seorang lelaki yang pernah curang dengan isterinya sehingga membawa kepada berkahwin dua, nama dia Tam. “Encik Tam, best ke ada dua isteri ni?”
Jawab Encik Tam, “Dalam 10, sedapnya hanya 1…tak sedapnya ada 9!”
“Habis tu, buat apa Encik Tam kahwin lagi satu kalau macam gitu rupanya?” tanya bro.
“Masa tengah gatal dulu, tak tahu…jadi saya kahwin lagi satu, tapi setelah setahun kahwin, dah ada anak…rupa-rupanya sama aje. Balik-balik jadi macam bini yang pertama jugak!…Sekarang, mulailah nak menggatal cari yang ketiga!”
 ”Ai, Encik Tam…biar betul!”
“Hehehe…gurau aje..tak larat dah aku pun.”
Jadi, kesimpulannya hari ini, basically…

You berlaku curang hari ini, sedapnya hanya seketika. Hakikatnya, apabila you bersama yang pada pandangan you lawa, cantik dan masih sexy itu…apabila sudah beberapa lama…you akan JEMU jugak akhirnya.
I guess that’s the answer!!…LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN with the same girl all the time. Bila dah jemu, mulailah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah wanita yang sama sahaja. Kesian orang pompuan!

p/s: bg aku? ntah la~~~~~haha~ segalanya ade alasan tersendri..ak akan tetap setia (moga2)..bagaimana pula anda?

HR (high risk)- never go there for help..

After 2 years of selfless service, a man realized that he has not been promoted, no transfer, no salary increase, no commendation and that the Company is doing nothing about it.

So he decided to walk up to His HR Manager one morning and after exchanging greetings, he told his HR Manager his observation. The boss looked at him, laughed and asked him to sit down saying... 
My friend, you have not worked here for even one day. 
The man was surprised to hear this, but the manager went on to explain. 

Manager:- How many days are there in a year?
Man:- 365 days and some times 366 
Manager:- how many hours make up a day? 
Man:- 24 hours 
Manager:- How long do you work in a day
Man:- 8am to 4pm. i.e. 8 hours a day
Manager:- So, what fraction of the day do you work in hours? 
Man:- (He did some arithmetic and said 8/24 hours i.e. 1/3(one third) 
Manager:- That is nice of you! What is one-third of 366 days?
Man:- 122 (1/3x366 = 122 in days)
Manager:- Do you come to work on weekends?
Man:- No sir!
Manager:- How many days are there in a year that are weekends? 
Man:- 52 Saturdays and 52 Sundays equals to 104 days 
Manager:- Thanks for that. If you remove 104 days from 122 days, how many days do you now have?
Man:- 18 days. 
Manager:- OK! I do give you 2 weeks sick leave every year. Now remove that14 days from the 18 days left. How many days do you have remaining? 
Man:- 4 days 
Manager:- Do you work on New Year day?
Man:- No sir!
Manager:- Do you come to work on workers day?
Man:- No sir! 
Manager:- So how many days are left? 
Man:- 2 days sir! 
Manager:- Do you come to work on the (National holiday )?
Man:- No sir! 
Manager:- So how many days are left? 
Man:- 1 day sir! 
Manager:- Do you work on Christmas day? 
Man:- No sir! 
Manager:- So how many days are left? 
Man:- None sir!
Manager:- So, what are you claiming? 
Man:- I have understood, Sir. I did not realise that I was stealing Company money all these days. 

Moral of the story- NEVER GO TO HR FOR HELP!!!

p/s:so..HR means HIgh RisK!!

Friday, March 12, 2010

CANTEK!!!!

Sedang aku melayari internet hari ni...ak terpukau dengan keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan..alhamdulillah dan subhanAllah..sangat cantik sekali..nak tau ape yang membuatkan aku teruja? lihat gambar bawah ni..


 ikan pon leh nampak dalam air tu? wahhhhhh~~(sangat teruja..)dan lagi...

 sangat jernih airnya...sehinggakan bile tgk...rase nak berada skali ngan ikan2 tu..huhu..ianya terletak disebuah pulau..yang mane aku pon xtau kedudukan geografi dan nama sebenar pulau tersebut...yang penting..ak tetap teruja...

korang xrase nak g sini ker? menakjubkan..kalaulah aku diberi peluang..inginku jejak kan kaki ke pulau jerejak! eh2..salah...ni bukan pulau jerejak..ni pulau sgt lawa..haha~

walaubagaimana pun..ak tetap berdoa..semoga suatu hari nnt...ak berkesempatan dan berkemampuan untuk menikmati pemandangan seperti ini depan mate...amin~

p/s: seperti kata kawanku...jadikan suatu impian itu satu cita2...hehe~

Simpanlah keranda ini anakmu juga memerlukannya..


Dalam sebuah perkampungan, tinggallah seorang anak dan bapanya..seorang lelaki tua..LELAKI tua itu sudah semakin lemah. Kudratnya sudah tiada. Segala sendinya kejang dan lemah. Penyakit demi penyakit telah bersarang dalam tubuhnya membuatkan lelaki tua itu tidak mampu lagi untuk berdiri. Setiap hari yang termampu dilakukan hanyalah berbaring dan membilang baki hari yang akan dilaluinya.

Keadaan lelaki tua itu menjengkelkan anaknya. Anak muda itu mengeluh kerana setiap hari sejak beberapa bulan bapanya terlantar, hanya dia seorang sahaja terpaksa berladang dan menjaga binatang ternakan.

Penat berladang, pulang ke rumah dia terpaksa pula memasak, membasuh, mengemas rumah serta membantu bapanya yang tidak mampu menguruskan diri sendiri. Paling dibenci anak muda itu ialah mengurus kencing berak bapanya, lantaran si ibu sudah beberapa tahun    meninggal dunia.

"Ah, tak guna langsung, menyusahkan saja" keluh si anak yang tidak sanggup lagi menanggung beban menguruskan ayahnya. Kesabarannya hilang. Dia tidak mahu menggalas beban itu lebih lama lagi.

Suatu hari si anak membuat satu keranda daripada kayu ..
.dan membawanya balik ke rumah. Ketika itu ayahnya sedang tidur. Tanpa melengahkan masa anak muda itu terus mengheret keranda ke bahagian anjung tempat ayahnya sedang berbaring. Perlahan-lahan tubuh tua ayahnya diangkat dan diletakkan ke dalam keranda kayu. Kemudian, ditutupnya keranda itu.

Anak muda itu mengheret keranda tersebut hinggalah ke tebing sebuah gaung yang dalam dan dipenuhi bongkah batu. Segala-galanya akan berakhir sebentar lagi. Tetapi sewaktu hendak menolak keranda itu ke dalam gaung, tiba-tiba dia terdengar bunyi ketukan yang lemah dari dalam keranda.

Lalu anak muda itu membukanya. Dalam keadaan terbaring lemah, lelaki tua memandang tepat ke dalam mata anaknya. "Ayah tau kau nak tolak ayah dari tebing ini," begitu payah si bapa mengeluarkan suaranya.

"Boleh... kau boleh lakukannya, tapi... ayah ada satu permintaan..." sambung lelaki tua dengan suara tersekat-sekat menahan sebak di dada. Si anak mengangguk, menyuruh bapanya meneruskan kata-kata.

"Kau boleh tolak ayah dari sini jika kau mahu, tapi simpanlah keranda ini baik-baik sebab anakmu juga memerlukan keranda ini suatu masa nanti," sambung si bapa.
Related Posts with Thumbnails

klik sini~