Utusan Malaysia Online
REMBAU 16 Mac - Pengusaha sebuah  kilang memproses ayam di Pedas dekat sini bertindak di luar dugaan  apabila 'mengurung' 12 pegawai dari dua agensi penguatkuasaan yang  melakukan serbuan di premis itu hari ini.
Pengusaha tersebut bertindak mengunci  pagar premis itu ketika serbuan dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Agama  Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,  Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada pukul 5.30 petang.
Turut terperangkap di dalam premis  itu ialah tiga wartawan dan dua jurukamera yang membuat liputan serbuan  berkenaan.
Difahamkan, tindakan itu dilakukan oleh pihak pengusaha bagi menghalang sebarang berita dan gambar mengenai serbuan Jakim dan KPDNKK di premis itu dilaporkan oleh pihak media.
Mereka 'dikurung' selama kira-kira  tiga jam dan hanya dapat keluar dari kilang itu selepas polis tiba dan  melakukan rundingan dengan pengusaha berkenaan.  
Penolong  Pengarah Jakim, Mohd. Amri Abdullah yang ditemui pemberita menjelaskan,  operasi itu dibuat berikutan rampasan satu tan metrik ayam di Pulau  Pinang kerana diragui cara penyembelihannya.  
"Siasatan awal kami mendapati kilang ini membekalkan ayam kepada salah sebuah syarikat yang membekalkannya pula kepada salah sebuah pasar raya terkenal di Pulau Pinang.
"Berikutan  maklumat itu, sepasukan anggota KPDNKK dan Jakim bertindak memeriksa  kilang ini," katanya.  
Mohd. Amri  memberitahu, Jakim menggantung sementara sijil halal kilang terbabit  sehingga siasatan selesai.p/s: pasaraya terkenal? pasaraye ape tu? tesco? giant? yang pasti berhati2 kalo nak makan ayam...tanye dulu tuan kedai makan tu..hak kite sbgai pengguna...diorang beli katne..kalo pasar pagi leh la mkan...kalo pasaraya...paham2 la..tp jgn terus boikot semua....tanye dulu..ok? kesian orang yg jual ayam sbgai menu utama n beli pula dari pasar pagi,..kan?
 
 

2 comments:
stop makan ayam jap..haha
haha...gitulah nampaknye...
susah nak mencari yg halal skrang ni..
nasib bek telo ayam xyah sembelih...haha~
Post a Comment