artikel ni aku ambil dari utusan malaysia online..
maaflah kalo terlalu panjang..
arap2 nye..korang bace lah..
bukan ntok berpolitik..
tp fahami ap yg kami cuba sampaikan..
mengapa kita perlu bela nasib melayu kita..
dan sering mengalah..
PADA 13 Mac 2010, saya menerima e-mel daripada seorang saudara yang amat prihatin dengan nasib Melayu di bumi Melayu yang selalu dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu terutama parti ultra kiasu dan rakan sekutunya yang boleh diibaratkan seperti Belanda minta tanah dan kaduk naik junjung.
Saya terpaksa mengubah tajuk artikel yang sepatutnya kerana saya fikirkan emailnya amat penting, apatah lagi isu ini telah disensasikan oleh laman-laman web mereka.
Isunya berkaitan dengan penduduk Kampung Sungai Terentang, Rawang yang membantah kerja-kerja pemasangan kabel voltan tinggi oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat bukan Melayu untuk memahami sentimen kebanyakan masyarakat Melayu. Janganlah tuduh saya lebih Melayu dari Melayu selepas ini kerana saya tidak pernah mengakuinya walaupun ia diikhtiraf oleh Perlembagaan.
Sepanjang pengetahuan saya, tanah yang diduduki oleh penduduk kampung berkenaan bukannya tanah mereka pun. Tanah itu milik TNB dan mereka hanyalah setinggan di situ. Tetapi apabila ada ura-ura hendak merobohkan kediaman mereka dan memindahkan mereka yang terlibat, semuanya menjadi kecoh dan ramai yang menentang.
Pemimpin-pemimpin ultra kiasu mula masuk kampung kerana mereka mahu menjadi jaguh kampung untuk mendapatkan publisiti murahan. Bayangkanlah jika tanah tersebut diduduki oleh orang Melayu, sudah tentu TNB akan meneruskan kerja-kerjanya. Orang Melayu akan memberikan laluan atas dasar pembangunan walaupun pampasannya tidak seberapa. Apakah mungkin ultra kiasu ini akan membela mereka dengan bersungguh-sungguh?
Setinggan tetap setinggan. Dari segi undang-undang, mereka tidak ada hak pun untuk mempertahankan tanah tersebut. Saya tidak nampak semua rumah akan dirobohkan, mungkin sebahagian. Namun, mereka telah membawa kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan pada November lalu.
Mahkamah memutuskan bahawa TNB mempunyai hak untuk meneruskan projek itu sebab itu adalah tanah TNB, muktamad. Mahkamah juga memerintahkan TNB supaya membayar pampasan berjumlah RM10.4 juta kepada penduduk terlibat yang telah mereka melaksanakan. Tidakkah jumlah wang tersebut begitu besar? (mengapa kene bayar pampasan atas tanah sendiri?)
Tetapi inilah sifat ultra kiasu yang telah menyelubungi mereka yang setelah dihasut oleh parti ultra kiasu. Jika di Pulau Pinang, senang sahaja tanah Melayu diambil dan gerai mereka diroboh, tetapi bila kena batang hidung sendiri? Alahai, itulah nasib Melayu di bumi Melayu. Lebih menyedihkan orang Melayu tidak banyak tampil membela Melayu itu sendiri. Menitis air mata memikirkan bila bukan Melayu seperti saya terpaksa membela Melayu hanya dek kerana Melayu beragama Islam, walaupun terpaksa dihina dan dikeji oleh bangsa sendiri termasuk saudara mara saya. Tetapi apakan daya, semangat Islam mengatasi segala-gala.
bersambung................
P/s: artikel ni ditulis oleh seorang bukan melayu yang beragama Islam..membela nasib melayu itu kerana Islamnya..tp mana Melayu kita? kemanakah Melayu yang kita war2kan? kita sangkakan melayu sudah mampu bersaing dengan bangsa lain...lahirnya melayu radikal...
melayu yang mahu hak kesamarataan dengan bukan melayu...tp tidakkah mereka tahu? betapa bodohnya mereka..bangsa mereka ditindas? Melayu sendiri tidak mahu membela...ya..Melayu lebih mementingkan diri sendiri..mmg ada yg berjaya (peguam n ahli politik dll)..tp kemanakah mereka? melayu hanya tahu mengalah..inilah sebab kenapa kita perlu membela bangsa kita..nyatakan hak kita..bila melayu bela melayu...kita dituduh rasist..tp bila mereka? jgn takut dikatakan begitu..kerana kita membela Islam sebenarnya...tiadanya Melayu...maka tiadalah Islam..dibumi Malaysia..
No comments:
Post a Comment