Assalammualaikum pembuka bicara.
Hari ini, pada post ini, saya akan membicarakan bagaimana pengalaman saya memohon VISA US untuk kesana.
Pertama sekali anda perlu membuka laman web berikut: Permohonan Visa AS dari Malaysia
1) Tujuan; Didalam laman web ini, anda akan diajar bagaimana hendak memohon pelbagai jenis visa (klik sini) yang ada dengan tujuan tertentu. Anda boleh terus merujuk kesana dengan membaca dan memahami segala content didalamnya tanpa merujuk kesini. Akan tetapi, didalam post ini, saya akan kongsikan bagaimana untuk anda memohon jenis visa untuk pelancong bercuti & rawatan kesihatan (B-2), pengunjung yang mempunyai urusan perniagaan, mengunjungi untuk seminar, pendidikan, professional dll (B-1) dan juga untuk kedua2nya (B-1/B-2). (Disini)
2) Bayaran; Jika anda telah mengetahui tujuan anda kesana, langkah seterusnya anda perlulah mengetahui berapa bayaran yang perlu anda lakukan berdasarkan jenis visa yang anda pohon. (Disini). Kemudian mencetak slip bayaran (Disini) untuk digunakan apabila anda membuat bayaran di Standard Chartered Bank Sahaja (Lokasi).
Nota Kaki: Pastikan anda simpan slip bayaran dan borang yang diisi semasa pembayaran.
3) Borang; Selepas anda membuat bayaran, anda perlu mengisi Borang DS-160 untuk non-immigrant visa (Sini). Anda juga perlu melengkapkan borang dan mengupload sekeping gambar. Spec: Size: 2 x 2 inch, White background, Clear, etc. Anda juga boleh mengedit gamba dalam application yang disediakan oleh laman web ini yang dikenali sebagai photo tools (Sini).
Nota Kaki: Selesai anda mengisi semua borang, cetak dan simpan bersama Slip Bayaran tadi. Simpan juga gambar yang telah diedit untuk di print kemudian untuk sesi temuduga.
4) Temuduga; Selepas bayaran dibuat, keesokan harinya (hari bekerja) anda telah boleh menetapkan tarikh temuduga anda untuk permohonan tersebut. (Disini) Masuk sebagai New User dan isi borang tersebut. Jika terdapat sebarang masalah, jgn contact aku, tapi sila call atau chatting dgn pegawai dari US Embassy. (Cari sendiri contact)
Nota Kaki: Walaupun anda telah membuat bayaran, tetapi itu tidak membuatkan anda akan confirm terima Visa tersebut. Hanya selepas interview baru anda akan diberitahu anda layak atau tidak. Jika x dapat, duit burn!
5) Result: Anda akan diberitahu sebaik sahaja anda tamat sesi interview sama ada anda dianugerahkan Visa US ataupun TIdAK! Jika dapat, anda akan diberi sekeping kertas untuk collection ataupun passport anda akan dipos (mengikut pilihan anda semasa menisi borang DS-160).
## Berhenti disini dahulu. Nanti saya sambung tips2 dan dokumen2 sokongan yang anda mungkin perlukan semasa temuduga juga suasana n apa yang berlaku berdasarkan pengalaman aku.
Terima kasih kerana membaca.
No comments:
Post a Comment