Saturday, March 13, 2010

berkongsi..lelaki curang?


(forward message)
 Pernahkah you all terfikir, mengapa lelaki berlaku curang?… :P Adakah mungkin kerana wanita lain lebih lawa lagi? :D
Ramai wanita menjawab, “Nama lagi lelaki…memanglah curang!…tak boleh percaya!”  Namun yang nyata jawapan itu tidak akan membuatkan wanita merasa tenang pun. Menyakitkan hati lagi ada. In general, it’s down to individual, actually.
Pada pendapatnya, lelaki tidak mempunyai sebarang sebab mengapa mereka berlaku curang. Mereka tidak mempunyai alasan kukuh, malah jika ditanya dengan lelaki itu sendiri, semua jawapan yang diberi seolah-olah mereka sendiri juga tidak tahu apakah sebab utama sebenarnya.
“Tapi mungkin kerana, pasangannya dah gemuk, tidak seperti di awal perhubungan? :) ”
If ever bro yang berlaku curang, maybe bro sendiri tidak tahu menjawabnya. You know, kadang-kadang tu bro sendiri terasa nak tergelak mendengar alasan-alasan yang diberi apabila lelaki-lelaki ini tertangkap berlaku curang. Pernah dengar alasan, “I rasa tersisih semenjak kita ada baby…you lebih pentingkan baby dari I…itu yang I cari ’Baby’ lain!” 
YES, memang dia orang tahu apa yang dia orang nak…tetapi untuk memberi sebab utama, mulailah terkial-kial dengan berbagai alasan yang tak masuk diakal pun sempat direka ciptanya :-
Kata lelaki, Masa awal-awal dan masih cinta…
“Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.” 
“You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je” 
“I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.” 
“I suka you sexy, menaikkan semangat I tau” 
“I’m a good listener, you can talk about anything to me.”
Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…
“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah. 
“You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah” 
“You dah gemuk…I nak yang slim-slim.” 
“Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.” 
“You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”
Aiih…cepat bebenor berubahnya ya…Hehehe…terkena kaum lelaki minggu ni. Tapi relax arrr…bukan bro nak menyalahkan sesiapa cuma bro sendiri curious and wondering, why do men cheat on women?! 
Tidak ingatkah janji you all pada yang tersayang dulu-dulu? Mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati pulak melukakan wanita?…Ada bro bertanya pada seorang lelaki yang pernah curang dengan isterinya sehingga membawa kepada berkahwin dua, nama dia Tam. “Encik Tam, best ke ada dua isteri ni?”
Jawab Encik Tam, “Dalam 10, sedapnya hanya 1…tak sedapnya ada 9!”
“Habis tu, buat apa Encik Tam kahwin lagi satu kalau macam gitu rupanya?” tanya bro.
“Masa tengah gatal dulu, tak tahu…jadi saya kahwin lagi satu, tapi setelah setahun kahwin, dah ada anak…rupa-rupanya sama aje. Balik-balik jadi macam bini yang pertama jugak!…Sekarang, mulailah nak menggatal cari yang ketiga!”
 ”Ai, Encik Tam…biar betul!”
“Hehehe…gurau aje..tak larat dah aku pun.”
Jadi, kesimpulannya hari ini, basically…

You berlaku curang hari ini, sedapnya hanya seketika. Hakikatnya, apabila you bersama yang pada pandangan you lawa, cantik dan masih sexy itu…apabila sudah beberapa lama…you akan JEMU jugak akhirnya.
I guess that’s the answer!!…LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN with the same girl all the time. Bila dah jemu, mulailah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah wanita yang sama sahaja. Kesian orang pompuan!

p/s: bg aku? ntah la~~~~~haha~ segalanya ade alasan tersendri..ak akan tetap setia (moga2)..bagaimana pula anda?

5 comments:

Neko D. 13 said...

perempuan pun ade yg mcm tu. semuanya kerana cepat bosan. eheh.

MoloQue said...

haha...terutama cik neko kite ni kan? hehe~

muadzsabri said...

hahahaha... topik yg bagus...

MoloQue said...

thanks~ sila lah ikuti kalo ade mase..hehe~

kamaliah.j said...

lelaki curang.. perempuan curang.. ???

= B.O.S.A.N

sampai bila nak mencari??? huuu

Related Posts with Thumbnails

klik sini~