Friday, March 12, 2010

Simpanlah keranda ini anakmu juga memerlukannya..


Dalam sebuah perkampungan, tinggallah seorang anak dan bapanya..seorang lelaki tua..LELAKI tua itu sudah semakin lemah. Kudratnya sudah tiada. Segala sendinya kejang dan lemah. Penyakit demi penyakit telah bersarang dalam tubuhnya membuatkan lelaki tua itu tidak mampu lagi untuk berdiri. Setiap hari yang termampu dilakukan hanyalah berbaring dan membilang baki hari yang akan dilaluinya.

Keadaan lelaki tua itu menjengkelkan anaknya. Anak muda itu mengeluh kerana setiap hari sejak beberapa bulan bapanya terlantar, hanya dia seorang sahaja terpaksa berladang dan menjaga binatang ternakan.

Penat berladang, pulang ke rumah dia terpaksa pula memasak, membasuh, mengemas rumah serta membantu bapanya yang tidak mampu menguruskan diri sendiri. Paling dibenci anak muda itu ialah mengurus kencing berak bapanya, lantaran si ibu sudah beberapa tahun    meninggal dunia.

"Ah, tak guna langsung, menyusahkan saja" keluh si anak yang tidak sanggup lagi menanggung beban menguruskan ayahnya. Kesabarannya hilang. Dia tidak mahu menggalas beban itu lebih lama lagi.

Suatu hari si anak membuat satu keranda daripada kayu ..
.dan membawanya balik ke rumah. Ketika itu ayahnya sedang tidur. Tanpa melengahkan masa anak muda itu terus mengheret keranda ke bahagian anjung tempat ayahnya sedang berbaring. Perlahan-lahan tubuh tua ayahnya diangkat dan diletakkan ke dalam keranda kayu. Kemudian, ditutupnya keranda itu.

Anak muda itu mengheret keranda tersebut hinggalah ke tebing sebuah gaung yang dalam dan dipenuhi bongkah batu. Segala-galanya akan berakhir sebentar lagi. Tetapi sewaktu hendak menolak keranda itu ke dalam gaung, tiba-tiba dia terdengar bunyi ketukan yang lemah dari dalam keranda.

Lalu anak muda itu membukanya. Dalam keadaan terbaring lemah, lelaki tua memandang tepat ke dalam mata anaknya. "Ayah tau kau nak tolak ayah dari tebing ini," begitu payah si bapa mengeluarkan suaranya.

"Boleh... kau boleh lakukannya, tapi... ayah ada satu permintaan..." sambung lelaki tua dengan suara tersekat-sekat menahan sebak di dada. Si anak mengangguk, menyuruh bapanya meneruskan kata-kata.

"Kau boleh tolak ayah dari sini jika kau mahu, tapi simpanlah keranda ini baik-baik sebab anakmu juga memerlukan keranda ini suatu masa nanti," sambung si bapa.

2 comments:

fandi said...

memang teladan yang baik..huhuhu.. kejam siot anak dia..

MoloQue said...

itu arr pasal...kene balik kat die..huhu~

Related Posts with Thumbnails

klik sini~