Tuesday, June 8, 2010

pelik?

Seperti yang diketahui umum, Malaysia seringkali di 'angkat' sebagai negara membangun dan mempunyai pembangunan yang mantap serta ekonomi yang sangat baik. Setelah negara kita mengalami kemelesetan ekonomi yang buruk seperti tahun 1997, ekonomi Malaysia terus membangun dari hari ke sehari dan semakin baik. Hal ini juga kerana peningkatan pelaburan dalam negara yang semakin meningkat dari pelabur-pelabur asing mahupun tempatan.

Perkara terbaik dalam ekonomi Malaysia adalah Malaysia merupakan satu-satunya (mungkin) negara yang memberi banyak subsidi kepada rakyatnya seperti beras, minyak, gula dan lain-lain. Kekayaan negara bagai diagihkan dengan adil dan dirasai oleh semua rakyat. Akan tetapi, tahukah anda?

Malaysia mempunyai hutang negara bernilai RM233.92 billion? Tidak sangka bukan? Ia bukan suatu nilai yang sikit. Dilaporkan oleh Menteri Kewangan Pertama ( Perdana Menteri-Pakcik Najib), bahawa hutang ini adalah hutang yang telah berkurangan dari RM 236.18 billion pada tahun 2008. Banyak rupanya hutang kita ni.



Persoalannya, bagaimana hutang ini akan berkurangan? Adakah dengan menarik balik subsidi? Menghapuskan rasuah? Ataupun negara kita bakal mengikut jejak Iceland dan Greece yang telah bankrup? Nauzubillah, bukan senang menguruskan negara, mintak dijauhkan. Apapun, semoga hutang ini semakin berkurangan dan negara Malaysia diuruskan sebaiknya.

Pada pandangan saya, menguruskan negara tidak kurang seperti menguruskan sebuah syarikat. Hutang tak dapat jelas, maka bankrup (nauzubillah) la jawabnya. Kepada pemimpin negara, tolong uruskan negara dengan sebaiknya, kalau perlu, potong sahaja gaji menteri-menteri untuk membayar hutang itu..kan?





    

No comments:

Related Posts with Thumbnails

klik sini~