Saturday, June 12, 2010

Perlawanan Pembukaan.

Assalammualaikum...

Seperti kita ketahui, demam piala dunia baru sahaja bermula. Perlawanan pembukaan baru sahaja berlangsung diantara pasukan tuan rumah (South Africa) menentang Mexico. Perlawanan ini berlangsung selama 93 minit (anggaran) dengan menyaksikan kedua-dua pasukan membawa 1 mata yang bermaksud seri dengan masing-masing bolos 1 gol pada pasukan lawan. Gol pertama dijaringkan oleh Tshabalala pada minit 55 (kalau x silap) dan gol penyamaan oleh Mexico diperolehi menerusi Marqueze (kalau betul ejaannya) pada minit 79'.

Analisa.

Dalam perlawanan ini, sedikit analisa dapat dibuat oleh aku. Dalam perlawanan pembukaan ini, kedua-dua buah pasukan bermain seperti ala kadar dan tidak penuh bersemangat. Passing bola, gelecek, serangan keatas gol lawan sumenye cam haram. Malaysia main elok lg ak rase. Kedua-dua pasukan tidak menunjukkan kesungguhan seperti yang dijangka oleh aku. Below my expectation katenya. Walau bagaimanapun, kedua-dua gol yang dijaringkan boleh diberi pujian. Untuk analisa ak tentang bola yang digunakan pula, bola itu melantun terlebih. Selalu berlaku dimana pemain x dapat menyambut bola yang melantun agak tinggi terutama pasukan Mexico. (Mungkin Afrika Selatan dah bese guna, so xd masalah sgt). Hal ini juga dapat dibuktikan apabila tandukan-tandukan yang dilakukan ke gawang SA seringkali tersasar jauh. Sekian sahaja ulasan aku.

Apapun, harapan aku, semoga perlawanan selepas ini akan menunjukkan permainan yang lebih bersemangat dan baik. Perlawanan seterusnya adalah diantara Uruguay dan France pada jam 2.30 pagi ini.

Selamat menonton kepada semua yang menyokong kempen piala dunia. Aku tetap menyokong Argentina. Bagaimana anda?



No comments:

Related Posts with Thumbnails

klik sini~