Thursday, June 10, 2010

RMK-10 (2011-2015) -Penentuan Hala Tuju Negara.

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

6 Jun 2010, Dewan rakyat - Seperti yang tuan dan puan sedia maklum, hari ini merupakan salah satu hari bersejarah dalam kepimpinan negara kita, Malaysia kerana pada tarikh ini, Perdana Menteri kita, Pakcik Najib telah mengumumkan perancangan ataupun kerangka untuk menentukan hala tuju negara untuk tahun 2011-2015 iaitu RMK-10. Untuk makluman saudara, semasa RMK-10 dibentangkan, kita telah melalui atau melepasi sebanyak 2 Rancangan Malaya dan 9 Rancangan Malaysia (kalau x silap). Antara maklumat dalam pembentangan RMK-10 adalah seperti berikut:

Secara ringkasnya,

RMK-10 bertemakan "Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial", memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun berkenaan (2011-2015). 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan 5 peratus untuk pentadbiran am. RMK-10 dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan adalah bagi merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.

Antara intipati dalam pembentangan RMK-10 pula adalah;






-RMKe-10 sasar Pendapatan Negara Kasar Perkapita meningkat kepada RM38,850 pada 2015.
-RMKe-9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.
-Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.
-Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.
-RMKe-10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.
-Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.
-Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.
-Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.

-Peruntukan RMKe-10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.
-Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.
-Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti iaitu;
(i) Minyak dan gas
(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan
(iii) Perkhidmatan kewangan
(iv) Pemborongan dan peruncitan
(v) Pelancongan
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(vii) Perkhidmatan Pendidikan (viii) Elektrik dan elektronik
(ix) Perkhidmatan perniagaan
(x) Penjagaan kesihatan swasta
(xi) Pertanian
(xii) Greater Kuala Lumpur

Sekian dahulu.

P/s: Laporan ekonomi ini bagi tempoh 2011-2015 setebal 449 muka surat untuk edisi Bahasa Melayu dan 429 muka surat bagi edisi Bahasa Inggeris, yang diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan boleh dimiliki dengan harga RM80.


Sumber: Berita Harian.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

klik sini~