Thursday, June 10, 2010

Xtvt hari ini.

Assalammualaikum kengkawan.

Hari ini 10/6/2010, sudah sebulan (atau lebih) aku duduk dirumah lenggang kaki. Tiap pagi juga lah ak bgn lambat n mendengar leteran bapak ak yang suruh aku mencari kerja sehingga terridur kembali. Aku bukan apa, dah lama duduk asrama (dr tgkatan 1), tetibe rase nak dok umah ni lelame lak. Walaupun hanya tidur n tgk tb sambil gado ngan mak ak tiap arie rebut remote astro, ak tetap ringan tulang sedikit dalam membantu kerja rumah. (Xnak la smpai orang panggil aku bujang malas) haha~

Hari ini aku agak rajin, walaupon bangun awal pagi seterik sinar mentari atas kepala, (jam 11 besenye), ak terus melakukan xtvt biasa, menonton astro. Rancangan? Sudah pasti memberi manfaat, seperti Spongebob, Fairy Oddparent, Shaun the Sheep dan seangkatan dengannya (sbb tu mak ak marah, dah besa tgk cite2 camni). Ap pon, nnt besarlah aku, skrang pon dah cukup besar. Tetibe, mak ak menjerit dari dapur memanggil aku.

mak: Abangggggg~!!!! (panggilan kat umah)
aku: Yes mom~!!!! (menjerit gak..omputih gitu)
sambil2 ak tercarik2 mak aku. Dalam bilik beliau, tiada. Dalam bilik aku, (kot2 jmpe tikus bawah katil), tiada. Usha pulak dapur sebelah, tiada. Ak pon try jerit lg skali. Mama~~~!!!
mak: Sini la~!!! (balas jeritan ak, bingit katanya)
Rupa2nya mesin basuh wat hal. Tertera F9 diskrinnya. Ak pon meminta (padahal menyuruh) mak ak mencari manual die. Seperti yang ku jangka, ia tidak boleh berfungsi. Seperti ada sesuatu yang menyekat pengaliran airnya.






aku: Kol je orang tu..cakap rosak..
mak: Kol3x..sambil berleter (maap mak).
Sambil2 ak pon bukak ap yg patut ntok menyedapkan atie beliau. Nanti katanya ak anak x berguna. Dan ternyata, tiada apa yang ak leh ubah memandangkan akal hanya panjang sejengkal. X pernah pula ak masok kelas membaiki mesin basuh. Maafkan ak mak=).
Tup2x...jam kol 3. Sebelum mandi, apa kata ak buat sesuatu. Maka ak ambil sebaldi air (separuh je) dan mop lantai rumah sambil memakai tuala. Malas la katekan tp buat2 rajin. Mop pon ruang tamu ja. Selepas itu ak membasuh badan (mandi k) n bapak ak ajak g pengkalan (jeti) kerana ak sorang aja anak lelaki die yang berada dirumah. Sebelum tu smyang sume dah la, bende wajib xyah dinyatakan.

Di pengkalan, ak disuruh menarik sampan diatas tanah kedalam air kerana ada orang mahu membelinya. Beratnya? Nauzubillah~! kami melakukan ber-3. Akhirnya masok juga. Selepas itu ak n bapak ak wat speed test enjin beliau. kelajuan maksimum? hanya 13 knot atau dalam S.I Unit 25 km/j. Selepas itu kami pulang dan sebelum tu, kami singgah ke kedai ntok mkan mee kari. Tetibe ak lepak ngan bapak ak n kengkawannya sambil beborak dalam bahasa jawa (dalam byk2 borak, sket je ak paham, yang ak paham ak celah lah). Sambil menunggu, ak menghembuskan asap rokok yang dah berkurun lame ak simpan, tetibe ak teringat leteran wajib setiap pg bapak ak.

Tanpa angin mahupon ribut, maka bermulalah perbualan pendek antara ak dengan beliau.

aku: Nnt2 lah abang carik keje, terasa mcm ade lg urusan x abis nak tlg kat umah tu.
bapak aku: G je keje, kat umah tu ayah leh uruskan.
aku: Xdlah, tgk mcm skrang..xd orang nak tolong ayah, tgn ayah kan sakit.
bapak aku: ayah bkan ape, kalo ko keje ade gak duit poket ko.
aku: jgn risau~

Takat itu ja..bila balik kerumah, mak ak bengang kerana makan mee kari x ajak die. haha~! Maaf mak~ itu sengaje...tp kalo korang nak tau, ak malas lg bekerja kerana sok piala dunia dah mula. Kalau ak kerja n pegi lambat tiap pagi kerana menonton bola, xkan hari ni kerja sok dah kene buang? kan? Better dok umah. Ak x kesah pon diberi wang saku ke tidak. Janji ak dapat tolong parent ak bile diperlukan. Pasal duit rokok, xp..simpanan ak masih mampu menanggung. Hahaha~!!!

P/s: Merokok membazirkan duit, lg2 bile anda tidak bekerja. Jgn cuba merokok kalo xd kerja~!

1 comment:

Unknown said...

ngeh2....bnayak duit beli rokok..meh la blanje choki2 weh....haha

Related Posts with Thumbnails

klik sini~