Friday, October 29, 2010

Hakikat Kehidupan kita.

SEMINIT SAJA
 
Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!
 Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.
betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berfikir panjang-panjang.
Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.
Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.
Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid
Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.
Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan.
Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.
Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.
Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.
Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau
 berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa. 
Betapa kita dapat menyebarkan seribu
kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun
kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya, 
serta terus klik pada icon
DELETE .

ANDA TERTAWA ...? atau ANDA BERfIKIR-fIKIR. ..?
Sebar luaskanlah  & bersyukurlah
kepada ALLAH, YANG MAHA ESA,PENGASIH
DAN PENYAYANG.
Apakah tidak lucu apabila anda tidak memFORWARD pesan ini. Betapa banyak
orang tidak akan menerima pesan ini, kerana anda tidak yakin bahawa mereka
masih percaya akan sesuatu?

Thursday, October 28, 2010

Menarik - Diet Yang Diamalkan Baginda Rasullullah

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)


CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Monday, October 25, 2010

Pepatah menarik hari ini.


I cannot do everything,
But still i can do something;
And because I cannot do everything,
I will not refuse to do the something that i can do
~ Edward Everett

Sunday, October 24, 2010

Kekosongan jawatan untuk semua degree holder.

Assalammualaikum.w.b.t.

Kepada rakan-rakan aku yang ingin atau belum mendapat pekerjaan tetap, aku syorkan kalian try memohon pada link ini (pekerjaan tetap).

Kerja ini merupakan kerja yang di sebarkan melalui Jobstreet. Sebanyak 100 kekosongan boleh diisi dengan gaji tetap bulanan sebanyak antara RM 2500 sehingga RM 4000 sebulan tidak/termasuk elaun.

Semua jenis degree holder layak memohon.

Kepada rakan-rakan yang terasa ingin mengisi kekosongan, sila apply melalui link diatas. 

Selamat berjaya kepada semua rakan-rakanku dalam mencari pekerjaan tetap.

Kepada yang sudah ada pekerjaan tetap dan hendak buat kerja separuh masa atau berniaga (seperti bukak kedai, meniaga barangan, dll), untuk menambah pendapatan, juga boleh menghubungi aku.

Jangan malu dan jangan segan, orang malu xkan kemane. Anda tentukan nasib anda. Orang berjaya memerlukan pelbagai jenis sumber pendapatan. Betul kan?

P/s: Diorang pernah menawarkan 2 jawatan untuk aku iaitu customer services management untuk citibank and astro dengan gaji RM3000/bulan xtermasuk elaun. Tapi ak terpaksa tolak kerana aku sudah ada tawaran kerja. Diharap kalian cuba lah dan selamat berjaya.

Update: Kalo dah dapat interview ke tawaran...jgn la lpe ucap terima kasih kat aku...bukan mengharap...tapi biarlah beradab. Kan?  Susah sangat ke nak berterima kasih? fikir2kanlah~ Selamat berjaya.

Thursday, October 21, 2010

Kisah Benar - Aku, Lim dan Islam.

Aku, Lim dan Islam

Dari Jeram Pasu,

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul  tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir..

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Monday, October 11, 2010

budak kecil yang takutkan api neraka.

Assalammualaikum w.b.t.

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"


Hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha.. Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak. - Riwayat At-Tirmidzi-

Saturday, October 9, 2010

Futsal adik beradik.

Assalammualaikun w.b.t.

Semasa aku mula menulis tajuk dan cerita dongengan ini, jam telah pun menunjukkan pukul 1:48 minit pagi hari sabtu. Berbalik kepada tajuk cerita, ak hanya nak menceritakan apa yang aku buat tadi. Malam ini adalah malam yang indah. Malam seperti biasa. Lebih indah jika hujan, sejuk tidooo..

Malam tadi aku bermain futsal dengan rakan2 aku. (Sebenarnya rakan adek2 aku). Mereka berumur dalam lingkungan 21 kebawah (paling muda adik aku kot tgh ambik pmr). Kami bermain dari jam 10.30 malam sehingga 12 pagi. Seronok main futsal malam2 ni. Xpercaya cuba lah. Xpanas dan menyegarkan.

Apa yang ingin aku tekankan disini adalah keseronokan aku bermain bersama adik2 ku. Nak dijadikan cerita, aku berumur 22 tahun, adik bawah aku berumur 20 tahun, 19 tahun dan 15 tahun. Kami semua lelaki. Kami bermain futsal bersama, kengakawan sama (bdak kampung) tapi team sahaja lain. Keseronokan terasa bila kami dapat bermain bersama dan orang gelar kami team adik beradik. Haha. Tapi aku seronok. Anda pasti faham bila anda ada beberapa adik yang sekepala dengan anda dan mereka serta kawan2 mereka tetap menghormati anda.

Nasihat aku, kalau mahu ber-anak nanti, bagilah 2@3 orang rapat2 jaraknya, nescaya mereka kamcing dan sekepala. Aktiviti bersama kami yang lain adalah seperti merokok bersama (kecuali 15 tahun), memancing bersama, mengusha awek bersama dan mengganggu mak masak bersama serta lain2 lagi.

Seronok kan?

Thursday, October 7, 2010

Politik-matinya dirai...

Assalammualaikum w.b.t.

Jika anda membaca tajuk post ini, aku rasa anda pon boleh mengagak apa yang hendak aku bincangkan. Tidak seperti rakyat biasa, orang memandang tinggi setiap ahli politik berjawatan sama ada rakyat mahupon rakan dan musuh sepolitik mereka sendiri. Mereka memandang dengan harapan yang tinggi. Akan tetapi tinggi yang bagaimana? Tinggi yang dimaksudkan bukanlah mencapai tahap karma dalam ajaran buddha mahupun tinggi darjat dalan Islam. Akan tetapi memandang tinggi untuk siapa yang bakal menggantikannya kelak. (khas untuk ahli politik yang teruk).

Sebagai contoh, Jika anda adalah wakil rakyat sesebuah kawasan, dan anda sedang sakit hampir menemui ajal. Agak2 anda, apa yang di fikirkan oleh Jirannya? rakannya? rakyat bawah jagaannya? Saat itu, orang2 ahli politik terutama pembangkang dan rakan separti, sudah pon bersiap sedia. Untuk menghadapi pilihan raya tentunya. Saat anda menemui ajal, orang akan bersedih seketika. Selepas itu mereka sibuk. Sibuk mengadakan pilihan raya, calon mana mereka mahu letak. Boleh kah mereka menang. Kematian wakil rakyat td sudah dilupakan. Sebegitu pantas?

Itu lah lumrah berpolitik. Saat anda hidup, orang ikut dan ingat. Selepas anda mati, tangisan hanya sebentar (kalau anda pemimpin yg baik lain kot?) seterusnya orang meraikan dengan pilihanraya. Syabas kepada anda semua.

Wednesday, October 6, 2010

Hobi aku::seronok memancing...

Assalammualaikum w.b.t.

Setelah tidak kelaut untuk melepaskan hobi selama 4 mggu atau sebulan semenjak sebelum puasa hingga smalam, akhirnya hari ini aku dapat pergi memancing. Aku pergi dengan bapak aku menaiki sampan kodeng dengan enjin yamaha 20 kuasa kuda. Haha. Seronok rasanya. Hari ini kami pergi memancing berbekalkan umpan udang berharga RM5 (maksudnya sedikit daripada biasa, biasa 10-20 hinggit). Adalah dalam 10 ekor. Bapak aku juga membawa jaring dan repala (umpan tipu).

Kami bertolak seawal pagi sesudah subuh kerana air sudah mulai surut. Oh ya, bapak aku membelikan nasi lemak dan kuih karipap untuk jadi santapan seharian. Kami memancing ditengah laut dibawah pancaran matahari. Akibatnya, paham2 sendirilah ok? Habis terbakar aku, haha, nasib baik aku pakai baju lengan panjang dan topeng muka yang diperbuat daripada bajuku (mcm bdak2 balik ngaji, pakai kain pelikat buat topeng).

Kami bertolak balik dalam jam 4 ptg tadi dan sampai di rumah dalam jam 4.30 petang. Alhamdulillah, hasil tangkapan hari ini agak memberansangkan. Antara takapan yang berjaya diperoleh dengan memancing (umpan udang) adalah jenahak sekilo, ikan tanda2 seberat sekati, ikan tebal pipi seberat 500g, ikan sembilang seekor dan itu sahaja kot? Manakala hasil tangkapan untuk menjaring adalah belanak + ikan sumpit2 dengan jumlah berat 3 kilogram. Sementara hasil tangkapan menggunakan umpan tipu adalah siakap seberat 2 kilogram dan barracuda seekor (kecil je). Hasil tangkapan agak memuaskan dan alhamdulillah, aku seronok. Terima kasih bapakku. Hehe..

Hobi aku memancing, hobi anda bagaimana?

P/s: Maaf x dapat nak upload gambar kerana mak aku sudah siang ikan2 tersebut. Engatkan nak bergambar juga, tp x sempat. Kepada yang tidak mengenali ikan, sila lah rajin2 kan diri ikot ibu anda ke pasar membeli ikan ok? Especially kaum hawa=) Jgn mare~

Tuesday, October 5, 2010

alhamdulillah, hidup kembali stabil..

Assalammualaikum w.b.t.

(Jgn x jawab salam ok?)

Alhamdulillah, tgk tajuk pon dah tahu aku nak cerita ape kan? Tp biarkan aku mulakan cerita dengan beberapa kesempitan yang aku rasa. Seperti yang kita ketahui, ade 5 perkara sebelum 5 perkara. Dan salah satu yang pernah aku alami adalah lapang sebelum kesempitan. Kelapangan dan kesempitan ada dalam pelbagai rupa seperti urusan seharian, kewangan dan macam-macam. Dan ternyata dalam kes aku, kewangan.

Semasa belajar di U, kelapangan sangat terasa, tetapi...

Setelah habis belajar dan kehabisan bulan ramadhan (rujuk kembali ap ak buat mase bulan ramadhan kat post sblom ni), poketku juga terasa kehabisan. Disini bermula kesempitan. Pekerjaan tetap yang dijanjikan oleh majikan seperti tidak akan menjadi kenyataan. Offer letter yang ditunggu telah mencapai tarikh expired selama 3 mggu. Dan aku juga duduk dirumah semakin kekeringan poket. Jalan termudah aku adalah mencari pekerjaan lain tp status pekerjaan tetap masih diragui. Apakan dayaku. Jalan terbaik, buat part time.

Dan alhamdulillah, selepas ak memulakan kerja part time, ak mendapat khabar berita bahawa pekerjaan tetap aku tetap berjalan, cuma tertangguh. Mereka dikhabarkan akan menghantar offer letter dalam minggu ini juga atau lebih tepat, bulan ini. Maka alhamdulillah, aku sudah ada 2 pekerjaan dalam suatu masa. Bermaksud aku sudah ada multiple source of income? kan? Nak berduit, kenelah buat banyak kerja, kan? Inilah kelapangan semula yang aku rasa kembali. Setiap hari berdoa dan percaya. Alhamdulillah. Keberkatan membuahkan hasil. Nak tahu pekerjaan tetap aku? Tunggu bila aku dapat offer letter dalam post akan datang ok? Kalau korang berminat nak buat part time jugak, msj je aku, ok?

Saturday, October 2, 2010

part time job- sudah dapat satu...

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi, sedang aku kesempitan, rakan aku perkenalkan satu peluang cerah untuk buat kerja part time. Bukan ape, untuk menambah income dimasa hadapan. Setelah gagal dalam apa yang aku ceburi aku sebelum ini, aku mendapati kerja part time baru ini berbaloi. Tapi, setiap ape yang kite mahukan pasti datang dengan usaha yang setimpal. Kegigihan dan percaya kepada masa depan keluarga yang cerah memberikan ku semangat untuk terus mencuba.

Setiap kejayaan datang dengan usaha dan tidak kenal putus asa. Walaupun kecundang dahulu, tapi aku masih percaya, perniagaan pasti menguntungkan. Bukan kah meniaga itu 9/10 dari punca rezeki? Ya, sedang orang di sekelilingku tidak percaya, aku akan terus mencuba dan buktikan pada semua, betapa aku boleh berjaya.

Apa guna degree kalo x kerja dengan ijazah yang diperoleh? kan? Ya, aku sokong. Tapi tahukah anda? Betapa sukarnya untuk mencari pekerjaan masa kini setanding dengan ijazah yang anda ada? Tetapi, akan aku teruskan mencari pekerjaan tetap itu, bekerja dalam bidang profesional sambil melakukan kerja part time ini. Alhamdulillah sekali lagi, satu kerja part time dah dapat. Tinggal mencari kerja tetap setimpal dengan kelayakan ijazahku dan beberapa lagi bisnes yang lain. Jika anda juga mahu melakukan kerja part time seperti aku, jgn la malu2 untuk kontek ak, no hp ade dalam fb aku ok? Jika anda benar2 kesempitan, jgn malu n jgn segan ok?
Related Posts with Thumbnails

klik sini~